Nur Jazlan Desak Agar Himpunan Bersih Dihentikan

3a-copy

Trend himpunan Bersih wajar dihentikan kerana mereka sudah kehilangan sokongan, dan himpunan tersebut dilihat sudah tidak mampu untuk menarik minat rakyat bagi menyertainya. Senang cakap, Bersih sudah kehilangan aura dan zaman kegemilangan mereka sudah berakhir.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed juga beranggapan bahawa tindakan menghentikan himpunan Bersih tersebut pastinya akan menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku antara kumpulan Bersih dan kumpulan Baju Merah.

Kalau himpunan Bersih 5 dibatalkan… Dengan ini secara automatiknya konfrontasi yang berlaku di antara kedua-dua kumpulan terbabit bakal berakhir… Takde lagi dah dok meroyan menyalak di tepi jalan.

Bukan tu je, Bersih kini dilihat terlalu terdesak untuk meraih sokongan… Penyertaan ahli Bersih juga sudah tidak semeriah dan ramai seperti sebelum ini. Mungkin rakyat pun dah muak dengan perjuangan Bersih yang langsung tak nampak hasil ini.

Elok berhenti jela… Sebab rakyat pun dah meluat dengan korang!! Jika Bersih dihentikan… Jadi kumpulan Baju Merah juga akan berhenti… So, settle masalah! Takde lagi permasalahan dan perbalahan yang berlaku antara kumpulan Baju Kuning dan Merah.

Bersih bercadang mahu mengadakan himpunan Bersih 5 pada 19 November ini… Kononnya mahu menuntut pilihan raya yang telus… Padahal pilihan raya selama ini telus dan amanah je.

Sebenarnya motif utama dorang adalah bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar meletak jawatan dan menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Manakala kumpulan Baju Merah ini pula ditubuhkan bagi menghalang Bersih daripada mengadakan himpunan tersebut.

Daripada korang terus bergaduh… Lebih baik bubarkan dan batalkan je himpunan dan rusuhan tersebut… Buat malu negara je dok menyalak tepi jalan. Kalau nak meroyan pun, tunggu pilhanraya la… Masa tu korang undi je pemimpin mana yang korang suka. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a comment