Mukhriz Samakan Najib Dengan ‘KAWAQ’

2a-copy

Parti cap bunga, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dikuasai oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tak habis-habis memperjudikan isu skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai makanan kepada penduduk kampung.

Yela, orang kampung ni bukannya faham sangat isu 1MDB ni… Gara-gara Mukhriz mahu orang kampung Kandis, Kodiang ini faham benar isu 1MDB… Dalam satu ‘Ceramah Isu Semasa’ di kampung tersebut baru-baru ini, Mukhriz telah menyamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘Kawaq’.

Tanpa menyebut nama ‘kawaq’ tersebut… Mukhriz menghasut rakyat dengan mendakwa isu 1MDB ini umpama ‘kawaq’ masuk dalam rumah kita. ‘Kawaq’ ni orang Kedah je yang sebut… Dalam bahasa normalnya bermaksud pencuri.

Mukhriz menjelaskan kisah 1MDB ini umpama ‘kawaq’ masuk dalam rumah, kemudian curi barang kemas… Kemudian menjualnya ke luar negara. Dan apabila si tuan rumah itu sedar barangnya telah dicuri dan bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa… Tuan rumah pula yang ditangkap dan bukannya si ‘kawaq’ terbabit.

Itu yang dijelaskan oleh Mukhriz dalam ceramah tersebut… Kalau kita amati… Jelas bahawa Mukhriz menuduh perdana menteri sebagai ‘kawaq’, dan kononnya menteri-menteri yang selama ini yang ‘melaporkan kegiatan perdana menteri yang menjadi kawaq tersebut’ telah ditangkap sebab laporkan perkara tersebut.

Ini menunjukkan bahawa Mukhriz sengaja mengada-adakan cerita bahawa Najib Razak adalah seorang pencuri duit rakyat… Dan hidup mewah hasil daripada ‘mencuri’. Malah mendakwa dirinya menjadi mangsa akibat ‘melaporkan’ kegiatan ‘mencuri’ tersebut kepada pihak berkuasa.

Hmmmm.. Meraih simpati terhadap penduduk kampung boleh la… Sebab dorang ni bukan faham sangat… Apa yang disampaikan Mukhriz kepada mereka pastinya bakal dipercayai bulat-bulat.

Sebab tu Mukhri tumpu kepada kampung-kampung je untuk menghasut dorang bencikan UMNO dan perdana menteri. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s