Michael Ang ‘Sembur’ Pengkritik Drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’

c

x

Kehangatan drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’ memang menjadi kegilaan ramai sekarang, lebih-lebih lagi bila pelakon utama Neelofa dan Fattah Amin sering memuat naik gambar mesra dorang di media sosial.. Itu yang membuat ramai terpengaruh nak tengok sangat drama tu..

Baru-baru ni pun Miss dengar drama tu ada buat ‘meet and greet’ fans dorang, siap ada peminat yang menangis-nangis jumpa Neelofa.. Fanatik sangat dah tu! Hahaha.. Walaupun ramai yang sukakan drama ni, tak kurang jugak ada sesetengah pihak yang tak suka dengan drama ni.. Betul tak??

Seperti biasa, kalau orang tu tak suka sesuatu drama.. Memang akan ada la kritikan pedas untuk drama terbabit.. Korang pun tahu kan siapa pengarah drama ni?? Pengarahnya adalah Michael Ang.. Baru-baru ni, ada yang mengkritik watak Fatah sebagai juruterbang didalam drama ‘Suri Hati Mr.Pilot’..

Ramai yang tak boleh terima babak tu, bila Fattah sebagai juruterbang yang bekerja seperti waktu pejabat didalam drama berkenaan.. Michael pun apalagi tampil membidas komen yang mengkritik dengan mengatakan, dia sudah membuat kajian sebelum mengarahkan drama berkenaan..

Dia tahu jadual seorang juruterbang yang bukannya sepanjang masa tidak pulang ke rumah..Tambahnya lagi, sebagai juruterbang kalau sekadar bekerja untuk perjalanan dalam negara adalah perkara biasa kalau dorang pulang ke rumah setiap hari..

Biasa lah kritikan tu semua, hanya untuk memberi ‘motivasi’ kepada Michael supaya menghasilkan drama yang lebih baik pada masa akan datang.. Kurang-kurang lah buat drama cinta-cintun.. Dah bosan sangat dah tengok!

Apa yang menarik perhatian Miss lagi tu, bila Michael ada muat naik satu video di laman sosial Instagramnya.. Dalam video tu Michael ada tunjuk gambar-gambar pengkritik dramanya..

Nasib baik Michael bukannya jenis mencarut tak tentu hala macam Diva AA.. Kalau tak, habis dia gelarkan pengkritik tu semua sebagai ‘anjing’ atau lebih teruk dari tu.. Hahahha.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s