Lim Guan Eng Perlu Senaraikan Syarikat Pro BN Yang Diluluskan Oleh Kerajaan DAP Di P.Pinang

2-copy

Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng, cuba menutup kezaliman kerajaan DAP P.Pinang dengan menipu rakyat berkenaan isu senarai hitam syarikat pro BN di negeri ini.

Guan Eng mendakwa kerajaan DAP tidak pernah menyenarai hitam syarikat yang dikaitkan dengan politik, sedangkan itu terbukti tidak benar.

Sebagai contoh, pada April 2012 kerajaan DAP negeri telah menyenarai hitamkan syarikat kontraktor milik dua pemimpin UMNO P.Pinang sehingga menyebabkan syarikat berkenaan gulung tikar.

Tindakan kerajaan DAP tersebut dipercayai bagi menghalang pemaju hartanah melayu membeli tanah di negeri ini, dan juga mahu menghalang kontraktor melayu berniaga.

Selain itu, ramai lagi kontraktor melayu yang pro kepada kerajaan persekutuan di P.Pinang dianaktirikan oleh kerajaan DAP negeri, apabila dinafikan hak untuk mendapat sebarang projek kerajaan negeri.

Menurut seorang pemimpin UMNO negeri ketika ditemui, beliau menjelaskan tindakan kerajaan DAP itu adalah kerana mereka tidak senang apabila melihat bangsa melayu nelakukan lebih banyak perniagaan.

Oleh yang demikian, kenyataan Guan Eng yang mendakwa kerajaan DAP tak pernah menyenarai hitamkan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan parti politik tertentu, adalah bohong semata-mata.

Jika benar seperti yang didakwa, Lim Guan Eng harus membuktikan dan memberi nama-nama syarikat yang diluluskan untuk berniaga di negeri ini, walaupun syarikat terbabit cenderung menyokong kerajaan persekutuan.

Guan Eng tak seharusnya tahu bercakap kosong tanpa menyertakan bukti yang kukuh bagi menyokong dakwaannya. Jika tidak, Guan Eng jangan marah kalau rakyat menggelarkannya sebagai ‘berlidah biawak’. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s