Kang Gary Tinggalkan Running Man!!

u

Running Man adalah salah satu program realiti hiburan popular Korea, yang mendapat perhatian di serata dunia.. Program ini ditayangkan sejak Julai 2010.. Memang meletop-letop program realiti hiburan ni, lebih-lebih lagi dorang sebelum ni banyak buat penggambaran di luar negara seperti Indonesia, China dan banyak lagi..

Program realiti hiburan popular ini dianggotai tujuh selebriti terkenal iaitu Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Haha, dan Gary.. Di awal program realiti ni asalnya dianggotai tujuh orang lelaki, tetapi salah seorang anggota terbabit iaitu pelakon kacak Song Joong Ki telah bertindak menarik diri kerana jadual berlakonnya yang padat..

Itu pun dah membuat peminat Running Man sedih.. Tup-tup sekarang ni ada berita yang akan mengejutkan lagi para peminat Running Man, apabila seorang lagi anggota program terbabit.., iaitu Kang Gary dikatakan sah akan keluar dari program terbabit.. Whooaa.. Mesti ramai yang sedihkan, lepas ni dah tak ada ‘Monday Couple’ dah.. Huhuhu..

Gary membuat keputusan untuk keluar dari Running Man kerana ingin fokus kepada kerjaya nyanyiannya, selepas hampir enam tahun bersama program realiti tersebut.. Hari terakhir penggambaran Running Man bersama Gary adalah pada 31 Oktober ini, dan rancangan tersebut akan diteruskan tanpa Gary pada bulan November nanti..

Lepas ni pasti ramai akan merindui gelagat lucu dan spontan, yang sering ditayangkan oleh Gary dalam program realiti hiburan tu.. Apa-apa pun Miss harap Gary tak menyesal dengan keputusan yang dia buat noh.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s