Hadi Awang Sindir Ahli Parlimen Pakatan Macam Keldai Dan Anjing Gila

3-copy

Perbuatan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang bertindak kebudak-budakan apabila keluar dari dewan ketika Perdana Menteri membentangkan belanjawan 2017, menerima kecaman hebat oleh seluruh lapisan rakyat.

Tak terkecuali, Presiden PAS iaitu Haji Abdul Hadi Awang juga menyatakan kekesalan beliau dengan apa yang terjadi.

Didalam satu kenyataan kepada media, Haji Hadi menasihati pemimpin-pemimpin PAS yang menjadi Ahli Parlimen dan juga Adun, agar menjauhi perbuatan seperti itu dimasa depan.

Sambil menyifatkan perbuatan bising dan keluar dewan itu sebagai ‘keldai yang bertempik’ dan juga ‘anjing gila yang menyalak’, Haji Hadi mahu semua pemimpin PAS menjaga maruah parti.

Haji Hadi menegaskan, PAS harus menjadi pembangkang yang istiqomah dengan dasar Islam dan tidak bertindak melulu serta melakukan perbuatan yang keterlaluan.

Disamping itu juga, Haji Hadi menganggap perbuatan wakil-wakil Pakatan yang bergaduh dengan Perdana Menteri sewaktu pembentangan belanjawan Jumaat lalu, adalah sangat memalukan.

Menurut beliau, rakyat tidak mahukan wakil rakyat yang hanya tahu bergaduh dan berkelakuan tidak matang di Parlimen. Sebaliknya rakyat mahu wakil rakyat yang bijak dan berbahas demi kepentingan rakyat.

Jumaat lalu, sebahagian besar ahli Parlimen pembangkang kecuali PAS, bertindak melakukan kekecohan didalam Dewan Parlimen kerana tidak bersetuju dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Mereka kemudiannya keluar dewan beramai-ramai sambil membuat bising sehingga menyebabkan pembentangan bajet 2017 terganggu seketika. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s