Fareez Fauzi Perasan Diri Dah Popular

Program realiti sekarang ni memang banyak yang mencungkil bakat-bakat baru untuk menghiasi industri tempatan.. Salah seorang penyanyi yang datang dari program realiti, adalah Fareez Fauzi.. Korang kenal siapa Fareez Fauzi ni??

Fareez merupakan penyanyi yang baru bertapak di dalam industri hiburan dari program realiti Mentor.. Kalau tak kenal jugak, korang kenal pelakon Fauzi Nawawi?? Haaa.. Fareez sebenarnya anak kepada pelakon Fauzi Nawawi..

Miss tengok Fareez selepas menjadi juara Mentor Milenia, kejap jer kemunculannya menjadi bualan hangat peminat.. Sekarang ni Miss tengok, memang dah jarang nak dengar nama dia.. Nak tengok muka dia dekat televisyen pun.. Memang tak lah..

Tup-tup hari ni keluar pulak cerita pasal Fareez.. Kononnya Fareez ni tak selesa untuk dikenali kerana bapa dia..Maklumlah bapak kan pelakon popular.. Memang ramailah yang kenal..

Kononnya Fareez ni nak dikenali kerana bakatnya sendiri.. Bukan sebab bapa dia.. Tapi apa yang Miss nampak, Fareez menang program realiti tu pun sebab pengaruh bapa dia.. Yela, bakat nyanyian si Fareez ni bukannya gempak sangat pun..

Suara dia pun biasa je.. Senang cerita, Miss tengok si Fareez ni langsung tak ada aura.. Netizen pun ramai yang berfikiran sama dengan Miss.. Jadi, Fareez tak perlulah nak perasan bagus macam dia ni popular sangat..

Miss rasa dia patut masuk kelas vokal untuk memantapkan nyanyiannya lagi, atau cuba jadi pelakon ke.. Kalau nak harapkan nyanyian dia jer, tenggelam lah nama Fareez dalam industri nanti.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s