Fafau Kena Maki Dengan Peminat Neelofa Dan Fattah Amin

Baru-baru ni, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad dikecam kerana berlawak kasar dengan Elly Mazlein.. Hari ni kecoh pulak bila peminat Neelofa dan Fattah Amin kecam Fara Fauzana.. Sampai berperang-perang di laman Instagram u’olls! Aikss.. Fafau kena kecam?? Apa kes pulak ni??

Setahu Miss, Fafau bukan lah seorang artis yang sering dihimpit dengan kontroversi panas sangat pun.. Baru-baru ni jer dihimpit kontroversi panas bila tak jadi kahwin.. Miss dengar perkembangan terbaru, Fafau bakal jadi pengacara dalam program realiti ‘Pencetus Ummah’ tak lama lagi.. Bagus lah tu!

Ini yang Miss pelik bila dengar Fafau kena kecam.. Kena kecam dengan peminat Neelofa dan Fattah Amin pulak tu! Setahu Miss, Neelofa dengan Fafau berkawan baik, betul tak?? Tapi apa yang buat peminat Neelofa tak suka kat Fafau yer??

Semalam korang tengok program Meletop tak?? Program tu kan sering menjemput artis-artis tempatan untuk memeriahkan lagi program tersebut, Fafau dan Faizal Ismail antara artis jemputan pada malam tu….

Apa yang panasnya, bila Miss dengar Fafau dikritik kerana cakap ‘Fattah bukan ‘taste’ Neelofa’ semasa program tu sedang berlangsung.. Gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Fafau tu lah, bikin para peminat Neelofa dan Fattah Amin mengamuk sakan..

Korang tengok lah komen-komen yang dilemparkan untuk Fafau, makan dalam beb kalau Fafau baca.. Huhuhu.. Tapi memang padan lah Fafau kena macam tu! Siapa suruh cakap lepas sangat, dah tahu ramai yang suka Fattah dan Neelofa bersama.. Kan tak pasal-pasal kena kecam.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s