Elly Mazlein Maafkan Nabil Ahmad

Baru-baru ini kecoh bila pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dikecam gara-gara gurauan kasar Nabil yang mengatakan ‘macam ni punya cantik pun berpisah jua’ kepada Elly.. Ramai yang menganggap lawak Nabil tu seolah-olah mempersendakan perderitaan yang Elly Mazlein sedang lalui sekarang ni..

Selepas kecoh benda ni, tuan punya badan yang ‘dibahan’ telah diminta untuk memberi pendapat pasal isu panas yang menjadi bualan sekarang ni.. Macam mana pun, Elly bukannya seorang yang jenis cepat melenting tak tentu pasal seperti sesetengah artis.. Nasib baik Nabil..

Elly tak macam tu tau, dia seorang artis yang cool! Elly dikatakan memahami apa yang cuba disampaikan Nabil pada masa tu.. Bagi Elly, Nabil hanya sekadar bergurau dan dia tak ambil hati pun dengan gurauan tersebut..

Nabil pun nak bergurau jangan lah melebih-lebih sangat.. Jangan main cakap lepas jer! Isu yang dibuat lawak tu sensitif tau.. Miss nampak sekarang ni, Elly semakin mendapat perhatian dan disayangi ramai selepas kontroversi ‘rumah tangga’ beliau..

Apa-apa pun Miss ‘respect’ dengan Elly kerana dia jenis tak cepat melenting.. Tengok jer lah, persembahan Elly di konsert Gegar Vaganza.. Setiap minggu memang mantop, walaupun dalamannya sedang menderita.. Elly memang terbaik!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s