DAP Pulau Pinang Nafi Anjur Penang Run 2016 Pada Deepavali

5a-copy

DAP Pulau Pinang hari ini menafikan mereka terlibat dalam penganjuran Penang Run 2016 yang dijadualkan berlangsung pada hari kedua sambutan Deepavali, iaitu pada 30 Oktober ini. Tindakan tersebut menyebabkan timbul rasa tak puas hati penganut agama Hindu kerana ianya seperti tidak menghormati perayaan Deepavali.

Akibat dikecam penganut agama Hindu di Pulau Pinang… Penganjur utama Penang Run 2016 tampil membuat permohonan maaf. Namun begitu, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagaimanapun menafikan salah mereka.

Menurut penganjur tersebut, Andrew Loh Lean Hock, kerajaan DAP Pulau Pinang dan MBPP kononnya hanya memberi bantuan teknikal sahaja dan tidak terlibat secara langsung. Tak kisah la tak terlibat secara langsung pun… Tapi dalam kalendar tu, memang sah-sah terpampang perayaan Deepavali.

Tak kan la dorang tak tengok… Walaupun ianya hari kedua Deepavali… Ia tetap dianggap tidak menghormati perayaan tersebut. Alasan yang dorang bagi langsung tak boleh pakai. Kononnya tak perasan yang tarikh dorang pilih tu selepas perayaan Deepavali.

Tarikh tersebut dikatakan dirancang pada bulan Mac lalu, dan penganjur memilih 30 Oktober sebagai cuti hujung minggu serentak dengan kalendar perlumbaan kebangsaan. Dan kononnya dorang tak sedar yang 30 Oktober tu bersamaan dengan hari kedua perayaan Deepavali.

Boleh terima ke alasan tu?? Kalau pihak penganjur tak perasan… Tak kan la DAP Pulau Pinang dan pihak MBPP seorang pun tak perasan dan tak tegur?? Atau memang dorang pilih tarikh tu sebab dorang tahu ramai yang dapat cuti kerana perayaan Deepavali… Jadi pasti ramai yang akan sertai.

Nampak sangat yang dorang sebenarnya tak sensitif dengan isu tersebut… Malah hanya penganjur je yang minta maaf… Kerajaan DAP Pulau Pinang dan MBPP mengambil sikap lepas tangan hanya kerana dorang bukan penganjur utama. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s