Dah Jadi Trend Pembangkang Agaknya ‘Merusuh’ Dalam Parlimen

9a-copy

Tak cukup buat perangai di tepi jalan raya… Berdemonstrasi jalanan… Membuat rusuhan dan timbulkan kekecohan ditempat awam! Kini Ahli Parlimen pembangkang beralih arah dan kerap mengadakan rusuhan di dalam Parlimen pula.

Sejak beberapa tahu yang lalu… Pembangkang dilihat semakin berani buat perangai dalam Dewan Rakyat dan Parlimen.. Jika pada tahun 2014 dorang cuma berani bawa plakad sebagai tanda protes… Juga diikuti pada tahun 2015… Pembangkang juga buat perkara yang sama, dengan berdemonstrasi dan tunjuk perasaan dalam Parlimen.

Kali ini pada tahun 2016… Perangai puak-puak pembangkang semakin menjadi-jadi apabila wakil rakyat mereka bukan sahaja buat kecoh… Malah tidak menghormati Speaker Dewan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang membentangkan Bajet 2017.

Tindakan biadap pembangkang semakin berlarutan apabila hampir kesemua wakil rakyat pembangkang, bertindak meninggalkan dewan sebagai tanda protes kepada perdana menteri! Sebelum ni setakat buat kecoh je tapi kali ni tinggalkan dewan, sangat biadap!

Mungkin tindakan pembangkang ni sudah menjadi trend bagi mereka setiap kali mengadakan perbahasan dan pembentangan di Parlimen… Lepas ni apa pulak yang pembangkang bakal lakukan?? Rosakkan kemudahan di Parlimen?? Atau pijak gambar pemimpin?

Sejak dari tahun 2014 hingga ke 2016… Tingkah laku pembangkang langsung tak berubah… Malah makin melampau! Entah apa-apa la wakil rakyat pembangkang ni… Tak sedar ke yang dorang tu dilantik oleh rakyat dan menjadi teladan serta contoh kepada rakyat.

Dorang tu dilantik oleh rakyat untuk memperjuangkan dan memastikan kebajikan rakyat dijaga… Bukan sekadar makan gaji untuk pegang plakad di Parlimen je… Lepas tu sertai perhimpunan jalanan! Haha.. Mudah kerja dorang. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s