Cerita Subsidi Minyak Masak Dimansuhkan Hanya Satu Penipuan

6a-copy

Sebelum ini pihak pembangkang bukan main lagi menjaja cerita, kononnya subsidi minyak masak bakal dimansuhkan… Apa lagi, habis rakyat Malaysia panik dan maki hamun kerajaan… Kononnya kerajaan cekik darah dan kikis duit rakyat.

Hari ini segala penipuan telah terbongkar… Ternyata berita yang digembar-gemburkan pembangkang hanyalah dusta semata-mata! Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa harga minyak masak kekal pada RM2.50 sekilogram.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya tadi. Secara tak langsung penipuan puak pembangkang sebelum ini telah terbongkar.

Pembangkang sebelum ini menghasut rakyat dengan mendakwa, kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan depan… Maka dengan ia itu akan mengakibatkan kenaikan harga di pasaran.

Menafikan perkara tersebut… Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa berita tersebut tidak benar dan palsu. Tidak ada sebarang cadangan mahu memansuhkan subsidi minyak masak oleh kerajaan.

Hairan jugak… Kenapa rakyat tak pernah serik untuk percayakan puak pembangkang ni… Terang-terang dorang ni kaki putar belit. Sebarkan cerita palsu bagi menghasut rakyat agar membenci kerajaan. Lepas satu-satu fitnah pembangkang lemparkan… Tapi rakyat tetap percayakan mereka. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s