Azwan Ali Maki Peminat Di Instagram

Sebut jer nama Azwan Ali atau lebih dikenali dengan Diva AA, Miss rasa mesti dah ramai yang kenal.. Mana tak kenalnya, artis ni jenis suka mencetuskan kontroversi panas dan bergaduh dengan sesiapa saja yang dia suka.. Orang lain tak cari pasal dengan dia pun, dia akan cari gaduh.. Tak faham betul Miss!

Sebelum ni pun dia pernah memaki hamun Elly Mazlein tak tentu pasal hingga menggelarkan Elly sebagai ‘Barua’.. Betul-betul biadap! Tapi Miss tengok kat laman sosial Instagram Diva AA, sekarang ni memang ‘musim’ dia memaki hamun orang saja..

Maklum lah sekarang ni kan dia dah tak ada ‘job’ dalam industri hiburan.. Mungkin dengan cara memaki hamun orang lain akan buatkan dia dapat perhatian ramai.. Nak cari publisiti murahan! Korang pun tahu kan Diva AA sekarang ni sibuk berniaga ‘lunch pack’ yang diusahakannya sejak awal bulan Oktober ni..

Miss tengok memang laris jugak lah perniagaan dia tu, siap dia sendiri pergi hantar pesanan ‘lunch pack’ tu semua kat pelanggannya.. Terbaru, ada lah seorang individu ni pada mulanya berminat nak order ‘lunch pack’ dari Diva AA..

Dah siap beritahu berapa pesanan dan Diva AA pun dah excited bagi nombor akaun bagai untuk bank-in duit.. Tup-tup sampai seminggu tak ada respon dari individu tersebut.. ‘Berani’ dia tipu Diva AA noh! Hahhaa..

Diva AA pun apalagi, maki hamun lah kerana dah seminggu dia tunggu.. Tengok jer lah kapsyen dia tu, perkataan lahanat dan sial ditujukan untuk individu tersebut.. Siap tunjuk dia ‘blocked’ nombor individu tu lagi, kononnya tak hadap dengan pelanggan propa macam ni.. Tak hadap lah sangat!

Miss faham dia marah bila terpaksa berdepan dengan pelanggan jenis propa macam ni, tapi dia tak boleh ke berhenti memaki hamun tu?? Ulang alik buat umrah pun masih tak tentu hala lagi perangai.. Berubah lah Diva AA, dia bukannya muda lagi.. Tak akan masa nak mati nanti, perkataan mencarut jugak nak disebutnya!! – Misshana/Utaranews

https://www.instagram.com/p/BL8T-YBD4q7aarUukjI7RY6VoJhxLVXHLspO3E0/?taken-by=divaazwanavazz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s