Antara Bajet Kerajaan Dan Bajet Alternatif Pembangkang

antara-bajet

Pembentangan Bajet 2017 dilihat tidak disenangi oleh pembangkang, bukan saja bajet 2017 tetapi dalam mana-mana bajet sekalipun mereka tidak pernah berpuas hati dengan perancangan kerajaan kepada rakyat. Pembangkang selalu ingat mereka lebih bagus dan baik dalam menentukan bajet negara.

Sehubungan itu, pembangkang akan membentangkan bajet alternatif ataupun bajet bayangan untuk dibandingkan dengan kerajaan. Hakikatnya bajet pembangkang hanya fantasi yang tidak boleh diguna pakai untuk membantu rakyat, berbanding bajet kerajaan yang benar lagi telus.

Dalam satu ceramah di Kampung Kandis Kodiang, Kedah. Pengarah Pilihan Raya PKR, Dato Saifuddin Nasution Ismail cuba mengulas mengenai bajet 2017 kepada rakyat Kedah. Seperti biasa, dalam ceramah pembangkang mereka menerapkan kepada rakyat supaya membenci kerajaan.., kononnya tiada keperluan ataupun bantuan yang akan diberikan seperti dicanang kerajaan.

Menurut Saifuddin, pembentangan Bajet 2017 hanya merangkumi dua aspek iaitu angka dan politik. Kononnya melalui pembentangan Bajet, kerajaan akan memainkan angka dan menentukan berapa jumlah wang akan digunakan pada tahun hadapan. Melalui angka juga, kerajaan mengumumkan kenaikan BR1M dan elaun serta insentif kepada penjawat awam.

Katanya lagi, DS Najib Razak memainkan jumlah angka seperti kenaikan BR1M dan elaun untuk memastikan kemenangan BN pada PRU14. Kenyataan beliau juga menggambarkan semua perkara dalam pembentangan bajet kali ini adalah gula-gula pada rakyat dan kerajaan memberi harapan palsu mengenai perkara ini, kerana hutang kerajaan dikatakan berada pada tahap terkawal.

Malangnya kata-kata Saifuddin ini jelas tidak relevan kerana sebelum ini telah dikatakan berulang kali, kerajaan mampu untuk melaksanakan bajet yang telah dibentangkan. Sekiranya kerajaan tidak ada dana yang mencukupi, sudah pasti pembentangan bajet tidak boleh dilakukan kerana kerajaan tidak mampu untuk menanggung kos tersebut.

Disebabkan kerajaan masih mampu dan tidak dibebani hutang seperti yang dimomokkan pembangkang, mereka boleh merealisasikan apa yang telah di sampaikan semasa pembentangan bajet. Bajet kerajaan juga dilihat dapat membantu rakyat untuk keluar daripada kesempitan hidup.

Sebaliknya, apa yang boleh dilakukan pembangkang untuk membantu rakyat?? Mereka hanya tahu mengutuk kerajaan dan menyampaikan bajet fantasi kepada rakyat. Bajet fantasi sememangnya tidak relevan dan tidak boleh diguna pakai kerana itu hanya sekadar angan-angan puak pembangkang.

Kesimpulannya, kerajaan mempunyai wang yang secukupnya untuk membantu rakyat jika dibandingkan dengan pembangkang. Jadi pemimpin pembangkang tidak seharusnya memutarbelitkan isu dan menuding jari menyalahkan kerajaan. Rakyat juga tidak seharusnya percaya dengan agenda pembangkang kerana mereka hanya tahu berfantasi sepanjang masa. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s