Adun DAP Tanjung Bungah Mahu Guan Eng Berhenti Musnahkan Alam Sekitar

1-copy

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendesak Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri supaya menghentikan projek lereng bukit di P.Pinang.

Adun DAP berkenaan menjelaskan bahawa tindakan kerajaan DAP yang terlalu mementingkan keuntungan itu, telah memusnahkan alam sekitar serta mengancam keselamatan penduduk negeri.

Isu ini sebenarnya telah lama dibangkitkan oleh penduduk dikawasan sekitar lereng bukit di P.Pinang, khususnya di kawasan Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.

Amat menghairankan apabila Jawatankuasa Perancangan Negeri yang dipengerusikan sendiri Guan Eng, tidak menolak sebarang cadangan jenis pembangunan di lereng bukit.

Sepatutnya kerajaan DAP nege­ri perlu menggunakan kuasa di bawah jawatankuasa itu, serta mengambil kira soal kepentingan dan pemilikan tanah yang tidak memihak kepada penduduk tempatan, sebaliknya lebih membela pemaju.

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab dan tidak menu­ding jari kepada pihak lain, apatah lagi isu berkenaan dibangkitkan wakil rakyat DAP sendiri.

Isu ini jelas menindas golongan miskin dan sederhana di negeri ini sudah dibangkitkan berulang kali, namun tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan negeri.

Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah memekakkan telinga terhadap keresahan rakyat, apabila dalam masa sama tetap meluluskan lebih banyak projek perumahan mewah kepada pemaju termasuk di kawasan lereng bukit.

Sangat menghairankan bagaimana kerajaan DAP negeri boleh meluluskan cadangan pembangunan di kawasan tanah tinggi serta lereng bukit, walaupun ia jelas memusnahkan kawasan tadahan air. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s