1500 Pemuda P.Pinang Kepung Komtar Desak Guan Eng Letak Jawatan

Lebih 1500 rakyat P.Pinang yang memakai baju t-shirt berwarna hitam hari ini, bertindak memenuhi ruang masuk ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi mendesak agar Ketua Menteri P.Pinang meletakkan jawatan.

Kumpulan berbaju hitam tersebut yang diketuai oleh Pemuda UMNO negeri, iaitu Rafizal Abdul Rahim, ‘mengepung’ Komtar selepas dilaporkan berarak dari Queensbay dan juga Masjid Kapitan di Jalan McAlister.

Dengan laungan ‘Undur Guan Eng’ serta ‘Hapuskan Bersih’, kumpulan tersebut kemudiannya berhenti diruang legar tingkat bawah Komtar.

Beberapa ucapan berkenaan isu-isu penyelewengan kerajaan DAP, didedahkan oleh jurucakap kumpulan terbabit kepada orang ramai yang berkumpul di kawasan berkenaan.

Selain mendesak Lim Guan Eng meletakkan jawatan secepat mungkin kerana didakwa mengkhianati Pakatan, kumpulan berkenaan juga mahu kerajaan DAP negeri menghalang Bersih daripada menghasut rakyat.

Menurut Rafizal yang ditemui selepas perhimpunan berkenaan, beliau menjelaskan bahawa rakyat Malaysia secara umum telah menolak Bersih yang didakwanya sudah lari 

Beliau juga memberi amaran agar kerajaan DAP negeri tidak berlembut lagi dengan kumpulan-kumpualan yang bertentangan dengan agama Islam.

Beliau juga menjelaskan, negara ini akan lebih aman dan dan tenteram sekiranya kumpulan baju kuning tidak menghuru-harakan negara serta menghasut orang ramai agar membenci kerajaan.

Sebelum ini, Setiausaha DAP itu bertindak berdolak- dalik tentang dakwaan rasuah yang membabitkan dirinya walaupun didesak agar meletakkan jawatan.

Tetapi tak beberapa lama sebelum itu, Guan Eng serta beberapa pemimpin DAP begitu angkuh sekali menyelar Perdana Menteri yang mereka dakwa sebagai gila kuasa.. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s