Taylor Swift Menyanyi Lagu Bekas Teman Lelaki Di Konsert

Sebut jer nama penyanyi popular Taylor Swift, Miss rasa dah ramai yang kenal dengan penyanyi ni.. Lebih-lebih lagi penyanyi ni terkenal dengan lagu kisah cinta bersama bekas-bekas teman lelakinya.. Miss pun dah tak terkira berapa banyak bekas teman lelaki si Taylor ni..

Mana tidaknya, bercinta tak sampai berapa bulan.. Tup-tup dengar dah putus, yang lagi tak boleh blah tu, penyanyi ni senang-senang jer jumpa pengganti baru lepas putus.. Bagi Miss, penyanyi ni tukar boyfriend macam tukar baju.. Tak suka atau ada masalah sikit, terus putus..

Untuk mengingati dan berkongsi pengalaman cintanya, penyanyi ni akan buat lagu setiap kali putus cinta.. Baru-baru ni, Taylor telah menarik perhatian ramai bila buat pertama kalinya beliau menyanyikan lagu baru bekas teman lelakinya, Calvin Harris yang bertajuk ‘This Is What You Came For’ ketika konsertnya berlangsung di Del Valle, Texas..

Lagu yang dinyanyikan Taylor tersebut telah ditulis oleh Calvin.. Mungkin dia rasa dia pun ada hak nak nyanyi lagu tu.. Bila Taylor nyanyi lagu tersebut, ramai yang ingat dorang masih lagi bersama..

Apa-apa jer lah.. Nasib baik lah Taylor ni bukan pengarah filem.. Kalau tak, Miss rasa dia akan buat filem setiap kali dia putus cinta.. Kalau lagu tu tak kisah lah sangat, kalau buat filem, tu yang lagi haru.. Hahahha.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s