Syarikat Yang Menyokong BERSIH Sudah Dikenal Pasti

nama-syarikat-1

Syarikat yang menyokong tindakan BERSIH melakukan perhimpunan haram akan dikenakan tindakan tegas. Tindakan ini dilakukan untuk menyedarkan pihak tersebut supaya tidak terpengaruh dengan agenda yang bakal merosakkan negara. Selama ini syarikat yang terlibat dikatakan memperolehi kontrak daripada kerajaan.

Dalam masa yang sama, pihak syarikat ini membantu dan memberikan sokongan melalui dana untuk menggulingkan kerajaan. Oleh itu Menurut Datuk Abdul Rahman Dahlan, semua syarikat yang menyokong BERSIH telah dikenalpasti melalui beberapa kaedah. Namun, beliau masih enggan mendedahkan lagi nama-nama syarikat yang terbabit.

Semua senarai syarikat sudah dikenalpasti dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk didedahkan kepada umum. Syarikat-syarikat berkenaan tidak patut memberikan sokongan kepada BERSIH, kerana sudah jelas tuduhan mereka terhadap kerajaan selama ini sangat berat.

Selain itu, syarikat yang menyokong perhimpunan haram itu seperti sudah hilang akal kerana BERSIH akan memudaratkan ekonomi serta pelabur. Jelas perkara ini akan merugikan syarikat-syarikat terbabit, selain daripada menjejaskan masa depan rakyat dan juga pandangan luar terhadap negara.

Mungkin mereka belum sedar akibat daripada menyokong BERSIH, sebab tu tindakan untuk mengenalpasi semua syarikat ini dilakukan bagi mengelakkan mereka mengambil kesempatan dan menikam belakang kerajaan setelah kontrak diberikan. Syarikat-syarikat ini sepatutnya menjadi neutral dan tidak menyokong gerakan yang mahu menggulingan kerajaan secara haram.

Sekiranya perkara ini berulang, mungkin syarikat penyokong BERSIH akan disenarai hitam kerana mereka bersekongkol bersama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Kerajaan juga akan beralih kepada syarikat lain yang lebih baik daripada mereka selepas ini.. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s