Restoran Makanan Segera Kaut Untung Jual Burger Babi Nama ‘P Ramly’

7fab864d-673f-4c33-b5d1-364a71b773ab

Alahaii.. Sengaja bikin panas betul lah! Banyak-banyak nama yang boleh digunakan, nama yang boleh buat pengguna keliru jugak yang nak digunakan.. Dah lah benda yang dijual tu haram buat umat Islam.. Bengong betoi!

Itu lah nama yang digunakan oleh sebuah rangkaian restoran makanan segera, yang beroperasi di sebuah pusat membeli belah di Damansara.. Restoran makanan segera tersebut dikesan menjual burger babi yang dinamakan ‘P Ramly’.. Menu burger babi ni dikatakan ditawarkan sejak 31 Ogos lalu, dengan harga RM9.90..

Kalau korang nak tahu, perkataan ‘P’ depan nama Ramly tu sebenarnya membawa maksud ‘PORK’! Korang pun tahu kan ‘pork’ bermaksud ‘BABI’.. Umat Islam haram makan daging ni, betul tak?? Kalau yang tak tahu makna disebalik perkataan ‘P’ tu, mesti akan tertipu dan membelinya..

Tapi pengusaha restoran ni macam sengaja nak bagi pengguna Islam membeli makanan yang dorang jual! Panasnya hati Miss ni, bila ditanya kenapa guna nama Ramly.. Pekerja restoran makanan segera tu boleh pulak jawab, ‘Ramly’ tu cuma hanya nama biasa yang digunakan di dalam negara ini..

Memang lah ‘Ramly’ tu nama biasa yang orang selalu gunakan.. Tapi bila dorang guna nama tu, seolah-olah macam dorang nak tarik pengguna Islam beli burger tu pulak.. Betul tak?? Apa yang Miss tahu, restoran ni bukan setakat beroperasi di Lembah Klang jer.. Malah rangkaian restoran terbabit turut mempunyai cawangan di Melaka dan Negeri Sembilan..

Selain itu, dorang jugak beroperasi menggunakan trak dan turut dipromosikan menerusi laman sosial Facebook.. Ada seorang wanita Melayu mengadu yang dia nyaris-nyaris nak terbeli burger tu, selepas tertarik dengan iklan yang diletakkan di laluan awam..

Iklan yang diletakkan tu seolah-oleh untuk menarik perhatian semua pengguna termasuk umat Islam.. Ini lah yang dikatakan berniaga hanya fikir untuk kaut untung tanpa fikirkan sensitiviti agama lain.. Jadi Miss nak ingatkan korang, kalau nak makan diluar, sila berhati-hati yer.. Jangan sampai makan makanan yang haram!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s