PPBM Memang Layak Dipanggil Sebagai ‘Parti Majlis Bandaraya’

ppbm-layak-recovered

Ketua penerangan UMNO TS Annuar Musa memberi gelaran baru kepada PPBM, kononnya PPBM layak digelar sebagai ‘parti majlis bandar raya’ kerana telah membersihkan ahli parti di dalam UMNO. Gelaran ini diberikan kepada PPBM kerana ia dilihat sesuai kerana mereka telah berjaya menyingkirkan anggota yang tidak setia kepada UMNO.

Sekiranya individu itu masih berada di dalam parti, ia mungkin akan menjadi duri dalam daging dan sudah pasti memberi impak buruk terhadap parti. Namun parti bunga bukan hanya menjadi tukang cuci, tetapi ada hati mahu menggantikan UMNO dan mengambil alih pentadbiran negara.

Walaupun pembangkang memenangi pilihan raya, belum tentu PPBM mampu melaksanakan pentadbiran negara seperti sekarang. Adanya parti pembangkang seperti PAN, PKR dan DAP.., parti bunga dilihat tidak akan mempunyai kerusi majoriti didalam kerajaan parti pembangkang.. Sebelum ini pembangkang sukar untuk bersatu, mustahil dengan adanya PPBM mereka mudah bekerjasama semasa pilihan raya.

Sekiranya mereka bersetuju, PPBM masih belum dapat menentukan corak pentadbiran negara. Apa yang dirisaukan adalah jika pembangkang gagal berbuat demikian, sudah tentu negara akan tergadai dan menjadi seperti parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai.

PPBM juga dilihat tidak layak untuk menggantikan UMNO sebagai parti melayu kerana parti bunga dibina atas dasar kemarahan beberapa individu terhadap UMNO. Annuar juga yakin, UMNO tidak akan tergugat dengan kewujudan PPBM.

UMNO berbesar hati dengan tindakan PPBM kerana menjadi tukang cuci dan mengutip pemimpin-pemimpin yang tidak lagi memberi sokongan kepada UMNO, untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Parti yang terdesak untuk mempunyai pemimpin memang layak disertai oleh pemimpin terbuang seperti itu. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s