Peminat Dah Mula Muak Dengan Kisah Cinta Erra Fazira Dan Shahir

Sebelum ini pasangan kekasih, Erra Fazira dan penyanyi Shahir pernah mengaku yang dorang sedang bercinta, kisah cinta dorang dah lama menjadi bualan hangat ramai.. Walaupun hangat diperkatakan, tapi pasangan ni menafikan dorang bercinta..

Lepas tu, tup-tup Shahir tampil mengeluarkan kenyataan dia bercinta dengan Erra.. Itu pun Erra masih nak main tarik tali lagi.. Erra menafikan dorang bercinta tapi hanya sekadar berkawan.. Poyo jer lebih!

Hangat kembali diperkatakan dorang bercinta selepas Erra membuat ucapan hari jadi untuk Shahir di laman sosial Instagramnya sebelum ni.. Masa tu baru lah disahkan dorang memang bercinta.. Menyampah Miss, drama lebih sangat..

Ini baru couple, belum kahwin lagi.. Tak tahu lah Miss kalau pasangan ni nak kahwin, apalagi drama dorang nak buat.. Acah-acah nak kahwin dengan orang lain pulak agaknya yer?? Mana lah tahu kan, nak mencari publisiti murahan..

Kalau korang nak tahu pasangan ni sebenarnya dah menjalinkan hubungan lebih setahun, tetapi tak pernah keluar ‘dating’ macam pasangan lain.. Kononnya dorang hanya berhubung melalui aplikasi WhatsApp..

Menarik perhatian lagi kisah cinta dorang ni, di mana timbul salah faham bila Erra tiba-tiba dikatakan tak nak orang ramai kaitkan dirinya dengan Shahir.. Tetapi Erra dah tampil memberi penjelasan perkara tu tak benar.. Dia mengaku dia ada mengeluarkan kenyataan tu tapi kononnya itu tak bermaksud hubungan dorang bermasalah..

Itu lah, lain kali cakap biar jelas supaya orang lain tak salah faham.. Ini tak habis berkias-kias.. Macam kisah cinta drama Indonesia jer Miss tengok, berpanjangan sampai kesudah..

Disebabkan timbul salah faham tu, Erra dan Shahir akhirnya dikatakan mengambil keputusan untuk bertemu selepas lebih daripada setahun bercinta.. Suka hati lah nak berjumpa ke tidak.. Miss dah bosan dengan kisah cinta dorang!!

Korang nak tahu reaksi orang ramai terhadap hubungan cinta pasangan ni macam mana?? Korang tengok komen-komen tu, netizen pun dah menyampah dengan kisah cinta dorang.. Siapa lah berminat nak ambik tahu kalau asyik dok main tarik tali jer memanjang.. Kahwin jer lah terus, habis cerita!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s