PAS Hanya Anggap PAN Sebagai Cebisan Sisa Sampah!!

2a-copy

Parti Islam PAS langsung tidak menganggap Parti Amanah Negara (PAN) sebagai satu saingan yang hebat… Malah PAS hanya menganggap PAN sebagai cebisan dan sisa sampah yang hanya menunggu masa untuk dilupuskan.

Berbanding PAS yang sudah mempunyai kedudukan yang kukuh… Bahkan sudah ada pengaruh serta sokongan tetap dari penyokong… Apa la yang nak dihairankan dengan PAN yang masih lagi tercari-cari hala tuju dan sokongan.

Walaupun ada beberapa ahli PAS yang bertindak keluar dari parti akibat sudah terpengaruh dengan PAN… Namun itu tidak memberi satu tamparan yang hebat kepada parti Islam itu. Ini kerana PAS sangat yakin bahawa PAN tidak akan dapat bertahan lama.

Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib, beliau mendakwa bahawa PAS langsung tidak melihat parti cebisan PAN sebagai satu ancaman yang bahaya. Malah, PAS sangat yakin dapat mengalahkan PAN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti… Yela, PAN mana ada penyokong mereka yang tersendiri.

Selama ini PAN hanya bergantung hidup melalui sokongan yang diperolehi dari penyokong Pakatan Harapan… Pendek kata, PAN hanya bergantung kepada bantuan DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Jika hendak dibezakan dengan PAS, parti Islam itu sudah ada banyak penyokong.. PAN?? Apa je yang dorang ada? Sekarang ni pun masih lagi merangkak meraih undi.

PAN pula masih bergantung pada pengundi Cina melalui DAP… Kalau DAP takde, korang bayangkan la sendiri. Elok sangat la PAS keluar dari pakatan pembangkang… Dapat juga PAS fokus pada dakwah Islam dan kembali kepada perjuangan Islam.

Jangan jadi macam PAN yang sanggup mengetepikan soal agama, semata-mata mahu bekerjasama dengan DAP… Jadi tak hairan la kalau PAS cuma anggap PAN ni sebagai sisa sampah dan hanya celah gigi je untuk ditumpaskan. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s