Nasi Lemak Anak Dara Terjual 1,000 Bungkus Sehari Selepas Disebut PM Dalam Bajet 2017

l

Sejak menjadi perhatian ramai, Miss tengok semakin melimpah-limpah rezeki Nasi Lemak Anak Dara yang dijual si cantik Siti Hajar Ahmad, 24, sekarang ini.. Bermula dengan kecil-kecilan jer, lepas dah mendapat perhatian ramai sampai beratus-ratus nasi lemak dia terjual setiap hari..

Terbaru Miss dengar, jualan Nasi Lemak Anak Dara dah meningkat lagi sampai 1,000 bungkus berjaya dijual dalam masa sehari.. Itu pun selepas nama ‘Nasi Lemak Anak Dara’ Siti Hajar disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017, baru-baru ni.. Terbaik lah wei!

Perdana Menteri memberi contoh Siti Hajar sebagai usahawan muda yang patut dicontohi generasi muda sekarang ini, walaupun Siti Hajar sebenarnya merupakan seorang graduasi kejuruteraan elektronik.. Beliau tidak malu untuk berniaga nasi lemak di tepi jalan.. Itu memang patut dicontohi ramai anak muda sekarang..

Siti Hajar turut terharu dan terkejut selepas Perdana Menteri menyebut tentang perniagaannya di dalam Bajet 2017.. Siti Hajar berkata, dia tak tengok pun pembentangan bajet pada hari tersebut.. Ini kerana pada masa tersebut, beliau sedang menjual nasi lemak di Festival makanan berhampiran kompleks PKNS..

Dia tahu pun selepas diberitahu oleh kawannya.. Sejak dari itu, ruang komen di laman Facebook Siti Hajar dilimpahi tentang hal tersebut.. Katanya lagi, disebabkan hal itu, jualan Nasi Lemak Anak Dara telah meningkat sehingga 1,000 bungkus sehari.. Inilah yang dikatakan rezeki!

Dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua orang yang menyokong beliau.. Siti Hajar jugak berharap agar akan ada lebih ramai anak muda yang akan turut mengikuti jejak langkahnya itu.. Jangan memberi seribu alasan untuk berjaya.. Hanya diri sendiri mampu mengubah nasih hidup, bukannya mengharapkan rezeki datang bergolek!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s