Masyarakat India P.Pinang Anggap Kerajaan DAP Tak Prihatin Pada Sambutan Deepavali

3-copy

Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan program Penang Run 2016 yang dijadualkan diadakan pada sehari selepas perayaan Deepavali, dianggap sangat tidak prihatin kepada masyarakat India.

Program tersebut dijadualkan pada Ahad, iaitu 30 Oktober 2016 bertempat di Esplanade, Pulau Pinang, langsung tidak peka mahupun sensitif atau menghormati sambutan perayaan Deepavali yang disambut sehari sebelum itu.

Biarpun, ia dikendalikan pada hari kedua perayaan berkenaan, namun ia tetap memberikan impak yang negatif terhadap kaum India di negeri ini.

Mereka bakal menganjurkan satu acara yang besar pada musim perayaan Deepavali dan sambutan ini adalah ketiga yang terbesar di negara ini, selepas perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Sudah tentunya kaum-kaum lain akan turut serta di dalam sambutan ini, terutamanya dengan konsep ‘rumah terbuka’ yang digalakkan bagi memeriahkan suasana perayaan dan mengeratkan silaturahim sesama kita, tidak kira bangsa dan agama.

Menurut beberapa penduduk kaum India yang ditemui, mereka mengatakan tindakan kerajaan DAP tersebut jelas menunjukkan sikap tidak bertimbang rasa DAP di dalam penganjuran program ini.

Selain itu, kerajaan DAP juga dilihat sambil lewa didalam meraikan perayaan Deepavali apabila hampir tiada perhiasan atau lampu-lampu dipasang di jalan-jalan utama untuk memeriahkan perayaan tersebut.

Kerajaan DAP Pulau Pinang terbukti gagal memahami emosi dan perasaan kaum India, khususnya di Pulau Pinang yang mahu meraikan rakan serta sahabat di hari besar mereka. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s