Masalah Air Di Selangor Semakin Meruncing, Azmin Patut Letak Jawatan

masalah-air

Nampaknya setelah sekian lama, masalah air di Selangor tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh kerajaan negeri. Dikatakan sudah enam kali loji ditutup kerana masalah pencemaran yang berulang, selepas penutupan loji keadaan air di Selangor masih lagi dalam keadaan yang sama dan tetap menjadi masalah utama kepada rakyat di negeri itu.

Masalah air juga sudah lama membelenggu rakyat semenjak kerajaan PKR mengambil alih Selangor. Hal ini memberi gambaran jelas bahawa Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali gagal untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah ini dengan baik.., walaupun sudah diberi peluang beberapa kali.

Berkenaan loji di Semenyih yang mengalami masalah pencemaran seperti yang sering
dilaporkan oleh akhbar. Masalah tersebut sehingga ke hari ini masih belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.. Kerajaan negeri hanya tahu memberi notis penutupan loji, tetapi tidak mampu selesaikannya.. Masalah yang berulang seperti ini amat menyusahkan rakyat dan memberi tekanan kepada penduduk sekitar.

Menurut Datuk Zein Isma, bukan sahaja sudah enam kali loji ditutup, tetapi kerajaan negeri juga tidak mahu melakukan projek pembinaan loji Langat 2. Perkara ini sudah diingatkan kepada kerajaan negeri, memandangkan loji Langat satu sudah tidak mampu untuk menampung kapasiti penduduk yang semakin bertambah.

Sekiranya Azmin masih lagi mahu melengahkan perkara ini, beliau wajib mengundurkan diri dan meletak jawatan kerana sudah jelas beliau gagal menyelesaikan masalah air. Kepincangan kerajaan negeri sudah menjadi beban kepada rakyat, dan Azmin seharusnya bertanggungjawab dan melepaskan jawatan beliau.

Sepatutnya isu air tidak perlu dipolitikkan kerana ia merupakan keperluan asasi manusia. Namun kerajaan negeri masih mahu menuding jari kepada kerajaan persekutuan kerana membangkitkan hal ini. Azmin seharusnya lebih memikirkan nasib rakyat daripada terus berpolitik. Lebih ramai pemimpin yang layak, jika beliau tidak mampu menyelesaikan perkara ini untuk rakyat Selangor. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s