Lim Guan Eng Setuju Anggap Nik Abduh Sebagai Lebai Penipu

2-copy

Dalam satu kenyataan didalam laman sosial Twitternya, Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng telah me”retweet” status penyokong DAP yang melabelkan anak Allahyarham Nik Aziz sebagai Lebai Penipu.

Ini ekoran dari kenyataan dari Nik Abduh yang mengecam tindakan pembangkang yang keluar dari Dewan Parlimen sewaktu belanjawan dibentangkan.

Tindakan Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP itu, mendapat kritikan serta kecaman oleh ramai netizen yang pro kepada parti Islam PAS.

Mereka menganggap bahawa tindakan Guan Eng sebagai memalukan serta menjatuhkan imej parti DAP yang selama ini menghormati perjuangan Allahyarham Nik Aziz.

Ramai juga yang mendesak Guan Eng memohon maaf secara terbuka dan memadamkan status twitternya itu, bagi menunjukkan kematangan didalam berpolitik.

Perbuatan Guan Eng ini dilihat menjadi kesinambungan kebencian DAP kepada parti PAS yang kini memilih haluan sendiri didalam arus politik pembangkang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi menimbulkan kemarahan di seluruh negara apabila menghina Allahyarham Tuan Guru Haron Din yang meninggal dunia.

Ketika itu, Lim Guan Eng juga turut masuk campur dengan menafikan perbuatan Jeff Ooi sebagai mewakili parti DAP. Jeff Ooi bagaimanapun menafikan beliau berniat menghina sesiapa.

Kini Guan Eng pula dianggap menghina anak pemimpin besar PAS dengan memuat naik kenyataan Lebai Penipu. Apakah ini kenyataan peribadi Guan Eng atau ianya mewakili parti DAP?

Jika ianya kenyataan peribadi, maka Guan Eng tak layak menjadi Ketua Menteri P.Pinang sebab ia pasti memalukan rakyat negeri ini apabila mempunyai seorang Ketua Menteri yang berhati busuk.

Dan jika ianya mewakili DAP, maka sah lah bahawa DAP memang suka menghina orang dan menganggap PAS sebagai musuh yang mereka paling benci. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s