Kerajaan DAP Bakal Naikkan Harga Parking Di P.Pinang?

1-copy

Walaupun kadar parking di P.Pinang dikatakan antara yang tertinggi didalam negara, kini terdapat berita tak rasmi bahawa Majlis Perbandaran P.Pinang akan menaikkan lagi kadar caj parking tersebut.

Ini sudah pastinya membebankan rakyat negeri ini yang semakin terhimpit, ekoran dari penyediaan tapak parking yang tidak mencukupi oleh kerajaan negeri.

Sebelum ini, caj parking yang dikenakan di negeri ini ialah 40sen bagi setiap 30 minit. Dikhabarkan bahawa ada ura-ura dari pihak berkenaan, yang ia akan dinaikkan diantara 10sen hingga ke 20sen dari kadar asal.

Selain dari kenaikan caj parking, pihak agensi penguatkuasaan di P.Pinang juga mencadangkan untuk menyeragamkan waktu kutipan parking di seluruh negeri.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan ketika dihubungi media, beliau menafikan kerajaan DAP berhasrat untuk menaikkan kadar caj parking di P.Pinang.

Chow Kon Yeow yang juga merupakan Adun DAP bagi kawasan Padang Kota itu menyatakan, Majlis Perbandaran P.Pinang (MBPP) hanya mencadangkan tentang waktu kutipan parking sahaja.

Bagaimanapun, beliau akan mengambil kira pandangan semua pihak terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai hal berkenaan.

Isu mengenai caj parking serta waktu perlaksanaan caj parking sering menjadi perdebatan serta menimbulkan rungutan rakyat di P.Pinang.

Majoriti rakyat di negeri ini berpendapat bahawa pihak MBPP perlu menyelesaikan masalah kekurangan tapak parking terlebih dahulu, sebelum bercadang menaikkan caj parking. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s