Kenaikan BR1M Didalam Bajet 2017 Dialu-alukan Rakyat

kenaikan-brim

Kenaikan BR1M telah pun diumumkan semasa pembentangan bajet 2017 pada Jumaat lepas. Ternyata pembentangan mengenai BR1M ini ditunggu-tunggu serta menjadi salah satu fokus utama selain daripada projek-projek perumahan dan sebagainya. Hal ini menjelaskan penerima bantuan mendapat manfaat daripada perlaksanaan ini.

Rata-rata rakyat memuji tindakan kerajaan meningkatkan BR1M pada tahun hadapan, kerana ia boleh mambantu meringankan beban rakyat. Pemberian secara berperingkat juga dilihat berkesan kerana dapat mengelakkan perbelanjaan wang kepada perkara yang tidak sepatutnya dan menjadi satu pembaziran.

Walaupun pembangkang gelarkan BR1M sebagai dedak, ia tidak dapat mempengaruhi rakyat kerana selama ini bantuan tersebut telah memberi keselesaan kepada kehidupan mereka. Pembangkang tidak perlu melabelkan BR1m sebagai dedak, sekiranya bantuan tersebut dilihat dapat memberi manfaat kepada kehidupan seharian rakyat.

Kaum sebangsa pemimpin DAP juga berpuas hati dengan keprihatinan kerajaan mengenai pemberian BR1M. Menurut Suri rumah, Jennifer Lim, BR1M dapat membantu menampung perbelanjaan keluarga semasa musim tertentu seperti Tahun Baru Cina. Beliau juga berpuas hati dengan kadar kenaikan RM1200 pada tahun hadapan.

Selain itu, Pegawai pemasaran Tina Tan juga turut berpuas hati dengan bantuan kerajaan melalui BR1M, kerana dapat membantunya menjelaskan pembayaran tahunan seperti cukai dan sebagainya. Ia turut membantu kehidupan seharian ibunya yang berusia 68 tahun kerana bantuan diserahkan secara berperingkat.

BR1M bukan saja diterima baik oleh setiap lapisan masyarakat dan kaum, malah ia mendapat maklum balas yang positif daripada penerima semenjak diperkenalkan pada tahun 2012. Jelas disini BR1M bukanlah umpan mahupun dedak seperti yang dimomokkan pembangkang, kerana bantuan kerajaan ini ikhlas untuk membantu keperluan rakyat. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s