Guan Eng Marah Bila Penipuan Hasil Perikanan Didedahkan Oleh Gerakan

4-copy

KENYATAAN MEDIA:

PENINGKATAN HASIL PERIKANAN NEGERI KERANA DASAR CAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Merujuk kepada kenyataan media oleh Teng Chang Yeow, Pengerusi Barisan Nasional negeri Pulau Pinang pada 24 Oktober 2016 mengenai hasil perikanan negeri Pulau Pinang. Kenyataan ini tidak boleh dijadikan sebagai ukuran kejayaan Barisan Nasional untuk dibandingkan dengan 9 tahun pemerintahan Pakatan Harapan berbanding selama 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional.

Dalam tempoh 9 tahun dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, banyak pembaharuan telah dilakukan dan banyak program-program untuk kesenangan rakyat negeri ini telah dilaksanakan.

Antaranya, dengan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus kami, Kerajaan Negeri telah memudahkan urusan pemohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi pengusaha sangkar dalam usaha untuk meningkatkan hasil perikanan negeri.

Sejak 2008, Kerajaan Negeri telah menghapuskan amalan ‘orang tengah’ dan memberikan LPS secara terus kepada individu dan pengusaha sangkar ikan yang memohon. Usaha berterusan oleh Kerajaan Negeri ini adalah bagi menampung keperluan sumber makanan rakyat di Negeri Pulau Pinang.

Pada hari ini, negeri Pulau Pinang telah mempunyai 309 pengusaha sangkar ikan dan dengan usaha ini, ianya telah meningkatkan hasil perikanan negeri serta meningkatkan Kadar Pengeluaran Dalam Negeri Kasar (KPDNK) melebihi RM 1.2 billion pada tahun 2015.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga komited untuk terus memacu ekonomi negara, khasnya negeri Pulau Pinang dalam sektor perikanan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Juru.

TKPM Juru kini menjadi contoh model penternakan akuakultur berprestasi tinggi dan telah membawa pulangan sebanyak RM 3.587 juta pada tahun 2015. Kerajaan Negeri juga telah menggazetkan sebahagian daripada tanah kerajaan di Penaga untuk dijadikan Zon Industri Akuakultur (ZIA) dalam usaha meningkatkan lagi sumber makanan negeri berkaitan perikanan.

Pengusaha perikanan negeri ini juga telah ramai memperolehi pensijilan Amalan Pertanian Baik, MyGAP dibawah Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) dibawah Kementerian Pertanian Malaysia.

Dengan pensijilan ini, ianya dapat Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap hasil akuakultur yang bersih, selamat dan dikeluarkan tanpa menjejaskan kualitit alam sekitar. Selain itu, ia juga merupakan jaminan kerajaan bagi produk akuakultur yang selamat melalui aktiviti pensampelan.

Pengusaha juga memerlukan komitmen yang tinggi untuk mengeluarkan hasil akuakultur yang selamat dimakan dan juga dapat meningkatkan keyakinan pengguna. Pensijilan ini juga dapat memperluaskan laluan pasaran kepada hasil akuakultur Malaysia dan pasaran antarabangsa.

Sehubungan itu, ianya dapat dilihat perbezaan pemerintahan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan selama 9 tahun berteraskan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) berbanding kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun pentadbiran sebelum ini.

Oleh itu, kami memohon supaya Barisan Nasional lebih peka terhadap kepentingan rakyat terutamanya rakyat negeri Pulau Pinang, sebelum mengeluarkan kenyataan picisan dan serangan politik yang tidak berasas.

Sewajarnya Barisan Nasional menjadi pembangkang yang berkesan di negeri ini dengan memberikan cadangan dasar yang lebih membina dan bermanfaat untuk rakyat negeri ini.
Sekian.

YB DR AFIF BIN BAHARDIN
Exco Pertanian & Industri Asas Tani,
Kesihatan dan Pembangunan Desa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s