6 Orang Dilaporkan Mati Dalam Kebakaran Hospital Sultanah Aminah

7a-copy

Dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baru pada pagi tadi… Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengesahkan seramai enam orang dilaporkan terkorban dalam kebakaran tersebut.

Berita menyedihkan itu disampaikan melalui laman twitter rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Mangsa yang terkorban terdiri daripada 2 lelaki dan empat wanita. Manakala seorang lagi mangsa dilaporkan selamat.

Kebakaran di HSA bermula daripada tingkat 2 unit rawatan rapi (ICU) selatan…. Difahamkan mangsa yang ditempatkan di unit ICU ini terdiri dari tujuh mangsa yang sememangnya agak kritikal.

Malah difahamkan pihak hospital… Mangsa-mangsa tersebut terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal. Jadi akibat daripada itu, mangsa-mangsa ini mengalami kesukaran untuk dipindahkan jika tiada katil.

Seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 8.56 pagi tadi. Tindakan pantas pihak hospital telah berjaya memindahkan pesakit-pesakit dari wad lain di hospital tersebut ke luar bangunan itu.

Sementara itu khemah-khemah juga kelihatan telah didirikan di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma, bagi menempatkan pesakit-pesakit yang terselamat.

Namun begitu, dalam siasatan awal dilaporkan bahawa punca kebakaran bermula akibat berlakunya litar pintas. Lima mayat yang terkorban ditemui kira-kira jam 11.15 pagi, manakala seorang lagi mangsa korban ditemui tengah hari tadi. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s