Tuduh Kerajaan BN Abai Nyawa Golongan Wanita, DAP Memang Juara Fitnah

2-copy

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, apabila menuduh kerajaan BN tak menghargai nyawa wanita di Malaysia kerana mengabaikan peruntukan kesihatan golongan berkenaan didalam Bajet 2017.

Inilah akibatnya apabila pembangkang sibuk keluar dewan dan tidak mendengar dengan teliti pembentangan bajet di Parlimen oleh Perdana Menteri.

Pembangkang seperti Steven Sim sesuai dianggap seperti “kera yang mendapat bunga”, apabila mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka di Parlimen.

Sepatutnya ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak lebih rasional dan bersikap terbuka ketika belanjawan negara dibentangkan, bukannya melarikan diri kerana kononnya diserang bertalu-talu oleh Perdana Menteri.

Jadi dengan perangai kebudak-budakan yang ditunjukkan oleh kesemua wakil Pakatan di Dewan Parlimen, apakah wajar mereka mempertikaikan tentang isi kandungan belanjawan yang dibentangkan?

Steven Sim menuduh kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak mengabaikan kesihatan golongan wanita apabila menghapuskan peruntukan bagi ujian mamogram dan HPV.

Persoalannya benarkah dakwaan ahli Parlimen DAP yang terkenal dengan putar belit serta perangai memfitnah tersebut? Benarkah kerajaan BN mengabaikan aspek kesihatan untuk golongan wanita di Malaysia?

Sebenarnya, didalam bajet 2017 sejumlah RM2 billion telah diperuntukkan bagi program pemerkasaan wanita di bawah Jabatan Pembangunan Wanita.

Daripada jumlah tersebut, RM30 juta telah diperuntukkan bagi golongan wanita untuk menjalani pemeriksaan mamogram dan suntikan imunisasi HPV bagi mencegah kanser serviks.

Dengan itu, Steven Sim dan DAP harus bertaubat kerana terlalu banyak melakukan fitnah serta menyebarkan dakwaan palsu terhadap kerajaan. Rakyat sedang menilai perangai sebenar pembangkang dan akan menterjemahkan hasilnya didalam pilihanraya umum ke-14 akan datang.

Jadi jangan terkejut jika DAP serta Pakatan kalah teruk di pilihanraya umum berkenaan nanti. Rakyat bukannya bodoh untuk memilih wakil rakyat dari kalangan orang-orang yang hanya tahu menghasut setiap hari. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s