Tipu Rakyat Mengenai Industri Ikan, Temberang Guan Eng Didedahkan

3-copy

Ini adalah siri ke-3, Pembongkaran Temberang Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri DAP.

1. Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat satu temberang besar serta mengulanginya di dalam dan luar Negara mengenai penternakan ikan dalam sangkar.

2. Tanpa segan silu, beliau mengistiharkan bahawa industri penternakan ikan sangkar di negeri Pulau Pinang bermula selepas pilihanraya tahun 2008. Oleh kerana prinsip CAT, industri ini berkembang menjadi satu industri yang menghasilkan berbilion ringgit dalam tempoh 8 tahun sebagai Ketua Menteri.

3. Ini adalah tidak benar. Ini adalah temberang besar yang mengaku pencapaian yang mana beliau tidak langsung atau mempunyai sumbangan kecil dalam pencapaian industri tersebut. Apatah lagi tabiat seperti kata pepatah, lembu punya susu, sapi punya nama, merupakan hak cipta Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang.

Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai sebarang pelan induk pembangunan untuk negeri Pulau Pinang. Pada hakikatnya, kesemua pencapaian sekarang adalah hasil daripada asas kukuh yang telah didirikan oleh Kerajaan BN terdahulu.

4. Adalah perlu untuk kami mengemukakan fakta sebenar mengenai industri penternakan ikan dalam sangkar. Projek perintis penternakan ikan dalam sangkar telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian ketika itu, Dato Amar Dr. Sulaiman Daud pada 23 April 1999 di Pulau Gedong, Pulau Pinang. Peristiwa ini ditulis dalam sebuah rencana yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia pada 27 Mei 1999.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang pertama kali membuat temberang mengenai penternakan ikan dalam sangkar pada 2 Ogos 2015 dalam satu majlis di Pulau Pinang. Temberangnya disiarkan dalam akhbar Cina, Kwong Wah Jit Poh. Dalam laporan tersebut, beliau dipetik mengatakan sebelum tahun 2008, tiada penternakan ikan dalam sangkar di Pulau Pinang tetapi selepas pilihanraya 2008, industri ini berkembang sehingga 300 kolam.

6. Ketua Menteri kemudiannya mengulangi temberang ini di satu forum antarabangsa di Universiti Oxford di Britian pada 14 Oktober 2015. Kami memetik sebahagian teks ucapannya seperti berikut :

““Many of you who have visited Penang or are familiar with Penang would associate Penang with a number of things – a rich, diverse culture and peoples; a thriving electronics and electrical (E&E) industry; and of course, our wonderful food. But very few of you would think of fish farming when you think of Penang. It would surprise you to learn that this industry grew from basically nothing in 2008 to a RM1.2 billion ringgit (180 million pounds) industry 7 years later!”

(Terjemahan : Ramai daripada anda telah melawat Pulau Pinang atau mengenali Pulau Pinang akan menyamakan Pulau Pinang dengan beberapa perkara- satu kepelbagaian budaya dan kaum; satu industri elektronik dan elektrik yang maju; dan setentunya lagi juadah makanan yang enak.

Tetapi tidak ramai yang akan memikirkan penternakan ikan dalam sangkar apabila memikirkan Pulau Pinang. Adalah memeranjatkan untuk anda untuk mengetahui bahawa industri ini berkembang daripada sifar pada tahun 2008 kepada satu industri RM1.2 bilion dalam tempohmasa 7 tahun .)

7. Beliau mengulangi temberang ini sekali lagi pada satu majlis di Pulau Pinang pada 3 Oktober 2016. Ianya dilaporkan dalam akhbar bahasa Cina, SinChew Daily. Beliau dipetik sebagai berkata sebelum tahun 2008, tiada penternakan ikan dalam sangkar di Pulau Pinang. Tetapi oleh kerana prinsip CAT, industri tersebut berkembang menjadi satu industri berbilion ringgit dalam tempoh 8 tahun kebelakangan ini.

8. Kami melampirkan statistik daripada Jabatan Perikanan yang jelas menunjukan bahawa industri ini telah dilaksanakan pada zaman pentadbiran BN dan telah berjaya menghasilkan pencapaian yang menyelar sejak tahun 2001. Industri ikan dalam sangkar telah bertapak lama di Pulau Pinang, sebelum Lim Guan Eng datang ke negeri ini.

9. Hakikatnya ialah pentadbiran BN yang meletakan satu asas kukuh untuk industri ini berkembang. Temberang Ketua Menteri dan Kerajaan DAP Pulau Pinang seperti ini jelas menunjukan CAT sudahpun mati!

Kenyataan Media Teng Chang Yeow, Pengerusi Barisan Nasional P.Pinang. 24 Oktober 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s