Penyokong Baju Merah Disabotaj Penyokong Bersih

Sebelum ini himpunan Gerakan Baju Merah tak pernah timbul provokasi dan rusuhan… Jauh sekali keganasan! Namun apa yang berlaku di Sabak Bernam dan di Kuala Selangor tempoh hari, adalah diluar jangkaan kumpulan Baju Merah.

Hairan… Gerakan Baju Merah memperjuangkan keamanan tapi dari mana datangnya mamat yang terajang penyokong Bersih di Sabak Bernam tu?? Dan dari mana munculnya orang yang mengasari petugas media di Kuala Selangor tu??

Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendedahkan bahawa mamat-mamat yang bertindak kasar semasa perhimpunan Baju Merah yang hendak menghalang kumpulan Bersih tu, sebenarnya dorang telah diupah Bersih untuk mengasari kumpulan Bersih sendiri.

Jadi mamat yang diupah Bersih tu memakai baju merah sebagai penyamaran, kononnya datang dari kumpulan merah… Baju merah tu kan dijual merata-rata jadi tak mustahil perkara tersebut berlaku.

Dorang menyamar jadi kumpulan Baju Merah dan mencetuskan rusuhan serta keganasan bagi memburukan nama kumpulan tersebut… Bagi menampakkan yang geng Baju Merah ni bertindak ganas dengan mencederakan orang lain.

Ujar Jamal lagi… Tindakan tersebut dilakukan oleh geng Bersih sendiri setelah mereka diupah… Terajang penunggang berbaju kuning dan kekasaran terhadap wartawan… Semua itu angkara penyokong Baju Kuning itu sendiri.

Jangan terkejut jika penyokong Bersih tiba-tiba diserang… Semua itu hanyalah lakonan dan tindakan yang diupah oleh kumpulan Bersih itu sendiri. Tindakan tersebut jelas sengaja ditimbulkan bagi memburukkan Gerakan Baju Merah. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s