Pemberi Maklumat Mengenai Kenaikan Harga Barang Akan Diberi Insentif

Cadangan pemberian insentif kepada pemberi maklumat berkaitan kenaikan harga barang, mampu mengubah pandangan negatif terhadap cukai barangan dan perkhidmatan, GST. Sebelum ini peniaga mengambil untung yang lebih menggunakan alasan GST, dengan sengaja menaikan harga barang hingga ke tahap yang agak melampau..

Bila terjadi hal seperti ini, rakyat mula menyalahkan kerajaan kerana melancarkan cukai GST. Kononnya harga barang melonjak tinggi dan membebankan rakyat. Hakikatnya sikap peniaga sendiri yang mahukan untung lebih, kerana mereka tidak lagi boleh menipu di dalam perniagaan disebabkan GST. Jadi mereka sengaja menaikan harga barang mengikut kehendak sendiri.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini bersedia mempertimbangkan cadangan memberi insentif kepada pemberi maklumat. Menurut Timbalan Menterinya Datuk Henry Sum Agong, hal ini akan dipertimbangkang pada masa akan datang. Namun, orang ramai digalakkan untuk tampil ke hadapan bagi memberi maklumat secara sukarela.

Harga barangan dapat dikawal sekiranya rakyat memandang serius hal ini, kerajaan juga tidak lagi dipersalahkan disebabkan harga barang menjadi mahal. Sepatutnya rakyat sendiri lebih peka dengan keadaan sekeliling. Jangan hanya tahu salahkan kerajaan semata-mata, sedangkan ada pihak lain yang cuba meraih keuntungan yang tinggi..

Sebaiknya semua pihak perlu berusaha melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika seperti ini, terutamanya di musim perayaan. Oleh itu, cadangan pemberian insentif mungkin akan menggurangkan peniaga untuk mengambil untung tinggi dalam perniagaan, sekaligus menghapuskan tuduhan salahkan kerajaan apabila harga barangan mahal. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s