PAN Tumpang Populariti Ceramah PPBM Di Jerlun

pan-tumpang

Kalau diikutkan PPBM terkenal di Jerlun hanya kerana pengaruh DS Mukhriz Mahathir.. Ceramah PPBM juga kerap dilakukan di daerah tersebut. Kali ini PAN pula mencuba nasib untuk memperkenalkan ceramah mereka di Kampung Kandis, Jerlun. Disebabkan kehadiran Mukhriz ceramah ini dikatakan mendapat sambutan rakyat di sana.

Nampaknya PAN hanya menumpang populariti Mukhriz dan parti bunga untuk menarik kehadiran rakyat bagi mendengar ceramah kosong mereka. Kalau kita lihat, ceramah PAN yang sebelum-sebelum ni pun langsung tak dapat sambutan.. Ini kerana ceramah PAN tidak menunjukkan semangat perjuangan yang jelas..

PAN dilihat hanya menjadi boneka DAP untuk mendapatkan sokongan orang melayu sahaja.. Di dalam Pakatan Harapan pun PAN langsung tidak berpengaruh seperti parti-parti yang lain.. Selain dikatakan lemah, PAN juga tidak membawa agenda yang baik untuk membuka mata rakyat supaya memilih parti itu di Pilihan Raya.

Fungsi penubuhan parti mereka juga masih menjadi tanda tanya, yang pasti PAN hanya dikenali sebagai parti serpihan PAS dan parti pengacau. Barisan pemimpin PAN seperti Mat Sabu tidak digemari rakyat kerana sikapnya yang gila kuasa. Jadi tidak hairan sekiranya ceramah PAN di Jerlun mendapat sokongan ramai kerana kehadiran Mukhriz dan juga parti Bunga..

Kalau nak harapkan PAN saja yang buat ceramah di kawasan tersebut, memang tak ramai la yang hadir.. Walaupun bersama Mukhriz ceramah PAN tidak sehebat yang disangka, boleh jadi ia cuma dihadiri oleh penyokong-penyokong Mukhriz dan parti bunga yang ada di kawasan sekitar.

Ternyata PAN memang tidak boleh bergerak sendiri kerana rakyat tidak dapat menerima parti parasit seperti mereka. Dulu PAN menumpang populariti DAP, sekarang mereka beralih kepada PPBM untuk memperolehi sokongan orang melayu pada PRU14. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s