NGO Islam P.Pinang Desak Gerakan Dan MCA Sokong RUU 355

Satu perhimpunan aman telah diadakan oleh sebuah NGO Islam di hadapan pejabat Parti Gerakan di Jalan Mcalister semalam, bagi mendesak parti tersebut menyokong pindaan akta 355 di Parlimen.

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang diketuai oleh Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin bersama wakil dari Ngo berkenaan, juga mendesak MCA memberikan kerjasama menyokong pindaan tersebut.

Menurut Ustaz Hafiz, Gerakan dan MCA perlu menyokong pindaan berkenaan diatas nama menjaga perlembagaan negara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Oleh kerana itu, Gerakan dan MCA selaku parti komponen didalam Barisan Nasional harus menghormati sebarang usaha memajukan Islam di negara ini.

Ustaz Hafiz juga menjelaskan bahawa UMNO sebagai tunjang didalam Barisan Nasional telah menyokong cadangan pindaan akta 355 itu, jadi seharusnya Gerakan dan MCA mengikut langkah parti melayu terbesar berkenaan.

Presiden PEMBELA itu juga menasihati Gerakan dan MCA agar jangan menuruti jejak langkah DAP dan pembangkang yang menolak sebarang penambahbaikan undang-undang Islam di Malaysia.

Jelas beliau, DAP sekarang ini merupakan parti yang paling lantang menentang negara Islam dan juga undang-undang Islam yang diusahakan oleh umat Islam disini.

Jadi jika Gerakan dan MCA mahu meniru apa yang dilakukan oleh DAP, tiada gunanya parti-parti berkenaan bersama-sama kerajaan Barisan Nasional.

Pindaan akta 355 bakal diusulkan oleh Presiden PAS, DS Tuan Guru Haji Hadi Awang di Parlimen tidak lama lagi. Usul berkenaan memerlukan sokongan majoriti 2/3 dari ahli-ahli Parlimen sebelum membolehkan ianya diluluskan. – Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s