Kumpulan Baju Merah Kepung Ceramah Bersih 5 Di Bukit Gedung

4-copy

Sekumpulan penyokong anti-Bersih menganggu perhimpunan Bersih di Bukit Gedung di sini, Ahad malam.

Kumpulan berpakaian merah itu mendesak supaya ceramah Bersih dihentikan sekiranya penganjur tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Penunjuk perasaan tersebut kemudiannya menggesa penyokong Bersih supaya beredar dengan melaungkan “Undur! Undur! Bersih!”.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang menganjurkan ceramah Bersih menyifatkan tindakan kumpulan itu sebagai provatif.

“Keadaan menjadi semakin tegang tetapi kembali reda apabila hujan lebat secara tiba-tiba.

“Kita telah mendapat permit untuk mengadakan perhimpunan, tetapi mereka tidak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, sambil menambah bahawa pihak polis mengawal keadaan.

Antara penceramah pada himpunan Bersih adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan bekas timbalan ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. – UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s