Kenapa Maria Enggan Mengaku Pilihanraya Di Malaysia Ini Sebenarnya Telus & Saksama??

story2-650x340

Hairan sungguh…Kenapa setiap kali pilihan raya… Pihak pembangkang sering menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku tidak adil dan berat sebelah. Adakan ini kerana pembangkang sering gagal dan kalah dalam pilihan raya??

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mempersoalkan tindakan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang bertindak seperti orang buta dan pura-pura tak nampak ketulusan SPR selama ini.

Selama ini setiap kali pilihanraya berlangsung, pihak pembangkang tak pernah dikecualikan… Malah kedua-dua belah pihak akan menghantar wakil dan agen-agen mereka untuk menjadi pemerhati.

Jadi apabila pembangkang kalah… Mula la timbul isu SPR tidak telus… Konon melarikan kotak undi, blackout dan sebagainya… Padahal jika kotak undi dilarikan, pastinya undi pihak UMNO juga akan terjejas bukannya pembangkang sahaja.

Kalau kotak undi pembangkang dilarikan pun, takde guna sebab undi telah dicatitkan… Lain la kalau belum dicatitkan… Pasti undi UMNO pun akan turut hilang, betul tak?? Jadi tuduhan itu tak logik.

Kenapa Maria ni enggan mengaku pilihanraya di Malaysia ini sebenarnya telus dan saksama?? Kenapa nak berpura-pura?? Tak kisah la pilihanraya kecil atau umum… Pihak pembangkang akan turut ikut serta, jadi tak timbul isu penipuan dan berat sebelah.

Apa yang SPR lakukan, pihak pembangkang dan UMNO tahu… Jadi macam mana SPR nak menipu?? Kalau betul la SPR menipu, pasti semua kerusi parlimen akan jadi milik UMNO dan pembangkang tak akan dapat satu kerusi pun.

Tapi korang lihat sekarang ni… Kenapa pembangkang boleh kuasai Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan?? Adakah kerana SPR tidak adil?? Mungkin Maria Chin patut belajar terima kenyataan.

Jangan jadikan himpunan Bersih sebagai suka-suka untuk menafikan perkara sebenar… SPR sememangnya buat kerja telus, jadi perhimpunan Bersih 5 yang mendesak pilihanraya yang bersih disifatkan sebagai tak masuk akal.

Bersih 5 sebenarnya patut kaji balik dan selidik semula melalu agen-agen yang dihantar sebagai pemerhati untuk pilihanraya… Kalau benar SPR tidak telus, kenapa baru sekarang nak bersuara??

Kenapa tak dari awal selepas pilihanraya ke-13?? Mungkin Maria patut belajar terima kenyataan… Jangan jadikan fitnah sebagai modal untuk meraih kemenangan. Kalau setiap kali pembangkang kalah dalam pilihanraya, Maria kata SPR tak telus.., mati la macam ni.. Habis bila pembangkang menang baru SPR telus ke?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s