Jururawat Dirogol Kerana Terlalu Mabuk

 

ne_01-1

Keseronokan seorang jururawat muda berhibur dengan dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke, berakhir dengan dia dibuang di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Semasa ditemui pada pukul 6.30 pagi kelmarin, jururawat desa di sebuah pusat kesihatan di daerah ini dalam keadaan terbaring separuh bogel dan tidak sedarkan diri dipercayai kerana terlalu mabuk.

Penemuan mangsa yang ber­usia 22 tahun itu menimbulkan perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan perindustrian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, sebelum ke­jadian, mangsa di­kata­kan berhibur ber­sama dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di sini.

Bagaimanapun, me­nurut beliau, selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang.

“Selepas dinodai mangsa di­percayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s