Harith Iskander Pelawak Solo Terbaik Dunia

Pelawak Harith Iskander, 50, berjaya mengekalkan reputasinya di kedudukan teratas dalam persaingan merebut gelaran ‘Funniest Person In The World’, sebuah pertandingan komediri yang berlangsung secara atas talian..

Menurut Harith ketika dihubungi, pencapaiannya itu sekali gus melayakkan dirinya disenaraikan antara 20 peserta terbaik dari seluruh dunia untuk mara ke peringkat separuh akhir yang bakal diadakan di Helsinki, Finland pada 5 Disember hadapan.

“Pada peringkat awal, terdapat 56 negara yang mengambil bahagian termasuk Australia, Jerman, Indonesia, Jepun, Brazil, Pakistan, Croatia, Filipina, Saudi Arabia, Ireland dan Argentina.

“Setiap negara dibenarkan menghantar dua wakil iaitu saya dan seorang lagi peserta, Dr. Jason Leong. Namun, hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan mara ke pusingan seterusnya berdasarkan undian terkumpul di laman sesawang pertandingan itu, http://indi.com/7t8vv,” katanya..

Tambahnya, kesemua pelawak komediri (stand upper comedian) yang tersenarai menyertai pertandingan anjuran Laugh Factory ini dengan cara menghantar klip video persembahan untuk dinilai oleh penonton. Mengulas lanjut format pada peringkat separuh akhir, Harith berkata, dia perlu membuat persembahan komediri di hadapan juri untuk diadili di Helsinki kelak dan lima pelawak terbaik akan beraksi merebut gelaran juara.

“Persembahan lima peserta akhir akan disiarkan secara langsung menerusi kaedah streaming di laman YouTube dan dapat ditonton oleh penduduk seluruh dunia,” katanya..

Tarikh undian peringkat pertama dibuka pada 2 September dan ditutup pada 6 Oktober lalu, manakala undian peringkat kedua di capaian baru pula sedang berlangsung dan Harith mendahului carta meninggalkan 19 pesaingnya di belakang.

Pemenang hadiah utama dengan undian paling tinggi akan membawa pulang wang tunai USD$100,000 (RM400,000) selain berpeluang mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat secara berbayar. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s