Gegar Vaganza 3 : Nabil Bertindak Biadab Dengan Elly Mazlein

 

1a-copy

Semalam berlangsungnya konsert Gegar Vaganza Musim ketiga untuk minggu kedua.. Konsert minggu kedua ini menyaksikan para peserta berentap menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain, untuk menguji kekuatan vokal masing-masing.. Nampaknya kesemua peserta beraksi dan melakukan persembahan mereka dengan baik.. Memang terbaik lah!

Tak jemu Miss menyaksikan program realiti tu.. Tetapi sayangnya pada malam tu jugak ada penyingkiran pertama yang dilakukan.. Penyanyi Razis Ismail menjadi peserta pertama tersingkir.. Walaupun menjadi peserta pertama tersingkir, Razis dah memberikan yang terbaik pada malam tu..

Pada malam tu bukan setakat persembahan peserta jer yang menarik perhatian netizen, malah lawak bodoh yang dicetuskan pengacara Nabil jugak menarik perhatian ramai.. Lawak Nabil dikatakan seakan-akan mempersendakan penderitaan yang dialami Elly Mazlein!!

Mana tidaknya, Nabil dengan selambanya buat lawak mengatakan kat Elly ‘macam ni punya cantik pun berpisah jua’.. Nabil kononnya nak berlawak untuk kaitkan dengan lagu yang dipersembahkan Elly pada malam tu.. Malam tu kan Elly mempersembahkan lagu Ziana Zain yang bertajuk ‘Berpisah Jua’..

Itu lah yang menimbulkan kritikan ramai terhadap Nabil.. Lawak yang dibuat Nabil dianggap sebagai bodoh dan tak menjaga hati Elly langsung.. Betul tu! Agak-agak lah nak melawak pun, dah tahu kontroversi tu masih panas.. Yang nak dikaitkan jugak dah kenapa..

Kalau kena batang hidung sendiri, baru rasa betapa peritnya bila orang lain mempersendakan penderitaan yang dialaminya.. Matang lah sikit Nabil oii! Kesian Miss dengan Elly.. Apa-apa pun persembahan Elly pada malam tu, memang terbaik lah!! – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s