Cahaya Deepavali Juga Turut Malap Di Selangor

Bukan sahaja cahaya perayaan Deepavali di Pulau Pinang yang malap… Tetapi di Selangor juga turut menghadapi nasib yang sama… Kesian la… Mentang-mentang bilangan kaum India sedikit di Malaysia… Boleh pulak perayaan dorang diabaikan oleh kerajaan pembangkang.

Kalau perayaan kaum Cina… Sebulan sebelum tu lagi, geng pembangkang ni hiaskan negeri mereka dengan pelbagai hiasan bagi membangkitkan suasana perayaan Tahun Baru Cina… Tapi tidak bagi perayaan Deepavali…

Bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di Selangor dan di kawasan ‘Little India’ sekitar Jalan Tengku Kelana, di Klang juga turut suram. Langsung takde hiasan mahupun suasana sebagai tanda kemeriahan menyambut perayaan tersebut.

Nampak sangat kaum India diabaikankan oleh kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor… Malah kekecewaan tersebut turut disuarakan oleh peniaga di kawasan ‘Little India’…. Sepanjang jalan langsung takde dekorasi, walaupun diapit dengan deretan kedai India di kiri dan kanan.

Pengerusi Persatuan Usahawan Little India Klang, N.P. Raman berkata, selalunya Little India akan dibanjiri dengan orang ramai dua minggu sebelum perayaan Deepavali… Jalan sesak dan sebagainya.

Tapi bagi tahun ni bukan sahaja orang tak ramai, malah suasana dan perhiasan sambutan Deepavali juga muram dan suram… Langsung takde! Sejak pembangkang ambil alih… Langsung takde kerja-kerja dan inisiatif bagi memperhidupkan dan mengindahkan Little India.

Lampu pun takde… Banner pun takde… Pendek kata macam tak Raya Deepavali je! Akibat suasana perayaan Deepavali tu takde, jadi penjualan pun merosot. Disebabkan itu, peniaga amat kesal dengan kerajaan pembangkang negeri tersebut. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s