Anina Beri Jaminan Melaka Bakal Jadi Milik Pembangkang

Janji kosong dan harapan palsu kepada rakyat memang menjadi tabiat untuk puak pembangkang. Mereka mendakwa Bajet 2017 yang disampaikan Perdana Menteri, DS Najib Razak hanyalah harapan palsu. Hakikatnya pembangkang sendiri yang mengamalkan sikap seperti itu didalam berpolitik.

Pada PRU14 yang akan datang, pembangkang menggunakan taktik yang sama untuk memujuk rayu rakyat dengan harapan dan janji-janji palsu. Srikandi PPBM, Anina Saadudin menyuarakan angan-angan beliau di laman Facebook miliknya. Kononnya BN Melaka bakal tumbang pada PRU14, ekoran ceramah PPBM mendapat sambutan di Melaka baru-baru ini.

Dengan mengukur jumlah sokongan itu, beliau menaruh harapan yang tinggi kepada PPBM untuk mengalahkan BN pada pilihan raya nanti. Sekiranya Anina begitu yakin BN bakal tumbang di sana, PPBM perlu menunjukkan bukti bahawa mereka boleh menjadi saingan kepada BN nanti.

Anina tidak perlu mencanangkan kemenangan PPBM terlalu awal. Sebaliknya mereka perlu membuktikan perkara ini kepada rakyat, jangan hanya tahu bercakap tetapi tiada hasil untuk dibanggakan. Sebelum ini Anina yakin Langkawi akan menjadi milik PPBM, seterusnya di Johor.. Kali ini, beliau yakin Melaka juga akan jatuh ke tangan PPBM.

Mungkin juga tindakan Anina ini hanya satu provokasi untuk menunjukkan PPBM semakin diterima rakyat. Sebab tu beliau yakin semua negeri bakal diterajui parti bunga. Namun BN akan tetap mempertahankan  kedudukan mereka dan tidak akan membiarkan rakyat hidup dibawah pentadbiran pembangkang yang hanya tahu menjaga perut mereka sahaja.

Terbukti di dalam bajet 2017, kerajaan BN sememangnya memikirkan keperluan rakyat dari setiap segi. Sepatutnya pembangkang perlu bersyukur kerana mempunyai kerajaan yang menjaga hak rakyat, bukan hanya mencetuskan peperangan dan membuatkan rakyat lebih keliru dengan sikap mereka yang tidak matang.

Sehubungan itu, sekiranya PPBM mahu mengambil alih kerajaan sekalipun mereka harus membuktikan terlebih dahulu di PRU14 nanti. Sekarang mereka boleh berangan-angan mahu mengalahkan BN, tetapi pada pilihan raya Anina mungkin akan sedar yang BN akan sentiasa menjadi pilihan rakyat berbanding pembangkang. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s