Tindakan Ahli Pembangkang Seperti Kanak-Kanak Tadika

Tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengangkat poster dan keluar dewan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membentangkan Bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini, telah menzahirkan ketidakmatangan mereka di dalam sistem politik demokrasi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebudak-budakan seperti kanak-kanak tadika itu jelas tidak menghormati, mencabuli dan mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen.

“Kita ada peraturan di Parlimen dan tindakan bermain politik macam budak tadika ini boleh dibuat di luar dewan seperti pentas ceramah atau di jalan raya,” katanya..

Asyraf Wajdi mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang mengangkat poster dan keluar dewan ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017, di Parlimen baru-baru ini..

Beliau berkata, setiap Ahli Parlimen seharusnya menggunakan Parlimen sebagai pentas yang terbaik untuk perbahasan sesuatu perkara demi kepentingan rakyat.

“Secara peribadi, saya mengucapkan syabas kepada Ahli Parlimen PAS dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Ahli Parlimen Semporna) yang tidak terikut-ikut dengan tindakan kebudak-budakan itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Bajet 2017 menunjukkan kelangsungan Kerajaan Pusat memartabatkan Islam di Malaysia.

Katanya, ini terbukti apabila kerajaan terus meningkatkan peruntukan khusus untuk pembangunan syiar Islam, termasuk menyediakan peruntukan RM30 juta bagi merealisasikan Dasar Tahfiz Negara.

Katanya, dalam bajet itu, kerajaan juga bersetuju memberi elaun tambahan RM100 seorang kepada seramai 15,000 imam, 36,000 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), 3,600 siak serta pentadbir masjid di seluruh negara.

“Ini besar maknanya dalam konteks kerajaan membina masa depan negara, yang bukan sahaja hebat dari segi akademik, tetapi juga kuat teras agamanya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s