Tangan Mahathir Hanya Layak Diludah!

Ada lagi ke orang yang nak salam dan cium tangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?? Rasa Gomez, Tun Mahathir dah tak layak dapat penghormatan sebegitu… Kerana kredibilitinya sebagai pemimpin yang disanjungi telah musnah.

Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos berkata beliau sangat menyesal kerana pernah bersalaman dan cium tangan Tun Mahathir… Sebenarnya tangan Tun Mahathir ni bukan sahaja tak layak disalam dan dicium… Tangannya hanya sesuai diludah.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, perbuatan Tun Mahathir kini langsung tidak melambangkan seorang negarawan yang sudah ditelan zaman dan wajar dihormati… Sebaliknya Tun Mahathir hanya layak diludah tangannya jika mereka bertemu.

Bukan itu sahaja, Jelas Jamal parti baharu Tun Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanyalah propaganda murahan… PPBM tak akan mampu untuk mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap pembangkang.

Malah orang Melayu sudah mula sedar bahawa, pembangkang hanya mempergunakan orang melayu bagi memeriahkan himpunan jalanan Bersih 5 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November depan.

Kita bukannya nak rasis tetapi sebagai orang Melayu… Jamal Yunos mahu memastikan bahawa orang Melayu tidak terus menjadi boneka kepada DAP dan pembangkang… Bersih arah orang Melayu buat kerja kotor pada himpunan Bersih 5… Tapi geng Cina buat apa??

Sedangkan kumpulan Bersih tu memperjuangkan kehendak orang mereka… Hak orang Melayu adakah dorang perjuangkan?? Dok hina agama Islam dan pemimpin Islam lagi, ada la… Habis, tak kan orang Melayu nak jadi bodoh menghina Islam sendiri??

Jangan kerana adanya Tun Mahathir dan parti baru PPBM… Korang mudah terpengaruh dan kononnya dorang memperjuangkan hak orang bumiputera… Korang kena sedar yang kewujudan PPBM hanya untuk membalas dendam terhadap pemecatan beberapa pemimpin. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s