Salamiah Hassan Tetap Jaga Penampilan Walau Sudah Berumur 65 Tahun

Penyanyi, Salamiah Hassan akui mementingkan penampilan dan penjagaan kulit walaupun usianya kini sudah mencecah 65 tahun.

Salamiah berkata, ia satu kepuasan kepadanya jika dapat kelihatan cantik dan baginya usia yang lanjut bukan alasan untuk tidak menjaga keterampilan.

“Saya tahu ramai wanita seusia saya sudah tidak lagi menjaga keterampilan dan kulit kerana alasan mereka sebab dah tua, jadi mereka pun mengambil ringan. 

“Sebenarnya di usia yang lanjut inilah kita perlukan penjagaan lebih daripada orang muda. Lihat sahaja contoh kereta, kereta baru tak perlu lebih penjagaan kerana ia masih baru tetapi kereta lama ini perlu segala penjagaan hingga ke dalam enjin.

“Penting untuk menjaga kulit dan penampilan kerana saya cuma mahu nampak cantik bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri juga.

“Bila kita cantik, kita akan rasa lebih gembira,” katanya ketika ditemui di majlis minum petang bersama pelanggan setia pusat dematalogy, Ko Skin Specialist.

Penyanyi yang popular sejak era 70-an itu berkata disebabkan terlalu perihatin terhadap penampilannya, dia menjadi pelanggan setia Dr Ko Skin Specialist sejak 18 tahun lalu.

“Saya mula menjadi pelanggan Dr.Ko selepas saya mengalami pigmentasi yang teruk pada usia 47 tahun dan Dr.Ko lah yang menyelamatkan wajah saya sehingga kini buat wajah saya lebih muda dari usia.

“Saya memilih Dr.Ko kerana dia punya rawatan dan mesin yang canggih untuk merawat wajah saya tanpa menggunakan sebarang jarum dan rasa sakit kerana sesiapa mengenali saya, saya amat takutkan jarum.

“Jadi rawatan mereka bukan sahaja selamat malah tidak menyakitkan,” katanya lagi.

Selain menjadi tetamu istimewa majlis minum petang itu, Salamiah turut mendendangkan beberapa buah lagu buat tetamu lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s