Piala Malaysia : 18,000 Tiket Bakal Menjadi Rebutan Di Alor Setar

Sejumlah 18,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor pada 30 April ini, akan dijual di Stadium Darul Aman Rabu ini.

Semua 18,000 tiket itu adalah sebahagian daripada 30,000 tiket aksi akhir yang diperuntukkan khusus untuk penyokong Kedah, dengan baki 12,000 lagi dikhususkan untuk kuota tempahan bas, kuota pasukan, Badan Gabungan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), penaja dan Ahli Eksekutif KFA.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar, berkata tiket berharga RM50 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak akan mula dijual jam 10 pagi Rabu ini, di Stadium Darulaman dan kuota pembelian ditetapkan tiga keping bagi setiap pembeli di empat kaunter yang disediakan.

“Untuk penjualan tiket individu, empat kaunter akan dibuka iaitu kaunter A, A3, B dan F. Cuma kaunter A sahaja kita khaskan untuk golongan pembeli wanita kali ini.”

“Bagi penjualan atas talian pula sebanyak 10,000 tiket akan dijual pada jam 10 pagi Rabu ini, iaitu waktu sama dengan jualan di kaunter nanti,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempahan berkumpulan untuk bas yang dibuka sejak Khamis lalu, sudah ditutup dan KFA mendapat sambutan hangat apabila hampir 300 bas membuat permohonan, walau pada asalnya kami menjangkakan sekitar 100 buah bas sahaja.

“Hingga hari ini, masih ada lagi kumpulan yang membuat permohonan walaupun ia sudah ditutup dan jika dikira dengan kumpulan individu yang menaiki bas sewaan sendiri sudah pasti jumlahnya melebihi 300 bas.

“Jadi untuk memenuhi permintaan permohonan melalui bas ini, kita terpaksa mengimbangkan sedikit jumlah bahagian jualan di kaunter yang kita tetapkan sebanyak 18,000 tiket,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s