Penang Institute Mahu Kerajaan Pecat Penjawat Awam

Badan pemikir Kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute bukan sahaja mendakwa hanya 430,000 ribu sahaja penjawat awam yang diperlukan di negara ini… Malah kenyataan tersebut umpama menyuruh kerajaan memecat baki 1,170,000 penjawat awam di negara ini.

Kononnya negara hanya perlukan 430,000 ribu sahaja penjawat awam… Saki baki dari 1.6 juta penjawat kat Malaysia ni umpama menghabiskan beras kerajaan sahaja.. Kononnya sebab nak jimatkan belanjawan… Jadi bagi Penang Institute… Tak payah nak banyak-banyak sangat penjawat awam di Malaysia ni.

Haha.. Gila kot nak 430,000 ribu je penjawat awam… Sedangkan jumlah tersebut hanya meliputi jumlah tenaga kerja seperti guru je… Itu tak termasuk penjawat awam bahagian lain, seperti pejabat dan sebagainya.

Penang Institute nak sangat kerajaan pecat penjawat awam sebab nak bagi laluan kepada sektor swasta… Katanya sektor swasta lagi berhak untuk dapatkan bakat serta sumber manusia yang ‘berlambak’ di sektor kerajaan itu.

Elok sangat la… Nak majukan sektor swasta yang rata-ratanya datang dari luar… Pelabur luar dan syarikat luar… Habis negara kita sendiri mundur gara-gara tenaga kerja manusia habis dikerah ke sektor swasta.

Mungkin dorang lupa… Dengan adanya penjawat awam ni la negara kita dapat berkembang… Tenaga kerja yang disalurkan oleh penjawat awam memberi makna yang besar kepada negara.

Kalau takde penjawat awam ni, macam mana negara nak maju?? Tak kan nak harapkan sektor swasta je… Bukannya boleh menyumbang kepada ekonomi negara sangat. Disebabkan Penang Institute ni dengki Bajet 2017 tertumpu pada penjawat awam.

Jadi dorang desak kerajaan agar pecat penjawat awam biar tinggal 430,000 ribu je… Konon nak jimat belanjawan dan wang yang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam. Kali ini Bajet 2017 telah memperuntukkan sebanyak RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus.

Manakala RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan. Apa yang tak boleh diterima akal apabila Penang Institute membandingkan Malaysia dengan Singapura yang hanya 1.4 peratus je penjawat awam dorang daripada penduduk di negara pulau tu.

Gomez nak tanya… Singapura dengan Malaysia negara mana yang besar lagi?? Ehhh, silap… Singapura tu umpama pulau negara je kalau nak dibandingkan dengan Malaysia… Jadi sangat wajar jika penjawat awam dorang sikit.

Malaysia kalau nak penjawat awam sikit, maknanya musnah la ekonomi negara sebab kalau takde penjawat awam ni siapa yang nak sumbang tenaga dan bakat?? Singapura takpe la negara kecil je, rakyat pulak sikit.

Jadi cadangan hanya 430,000 ribu sahaja penjawat awam diperlukan di negara ini adalah satu cadangan yang sangat teruk… Negara tak akan dapat berkembang jika tanpa penjawat awam. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s