Pembangkang Buat Dewan Rakyat Seperti Sarkas

Belum selesai pembentangan bajet 2017, pembangkang sudah mula memberontak sampaikan ada segelintir mereka mengambil tindakan untuk meninggalkan Dewan Rakyat. Tanpa segan silu, puak pembangkang cuba memprotes ucapan DS Najib Razak sebelum PM selesai melakukan pembentangan..

Menurut DS Salleh Said Keruak, tindakan beberapa anggota pembangkang itu menunjukkan pihak pembangkang mahu melayan Dewan Rakyat seperti sarkas, memandangkan Pembentangan Bajet tahunan ini merupakan urusan yang serius.

Nampaknya Anggota Parlimen (MP) pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN tidak mahu menunggu sehingga pembentangan selesai dan membuat kecoh semasa Najib masih berucap. Sepatutnya mereka harus menunggu sehingga selesai. Kata Salleh, ia adalah peluang untuk MP pembangkang mengemukakan idea mereka kepada Dewan Rakyat, jika mereka mempunyai sebarang idea.

Malangnya pembangkang bertindak melulu dan mengambil tindakan meninggalkan Dewan Rakyat tanpa menyampaikan hujah mereka. Mungkin pembangkang sudah kehabisan idea untuk membantah kerana bajet 2017 ini ternyata memberikan banyak manfaat kepada rakyat dari semua golongan.

Tindakan pembangkang itu dilihat pengecut kerana berani bersuara di luar Dewan Rakyat tetapi tidak pula berani untuk membahaskan perkara yang dibentangkan kerajaan. Boleh jadi propaganda mereka mengenai BN sudah terbongkar, ekoran kenyataan yang dikeluarkan Najib semasa sesi pembentangan.

Kononnya pembangkang tidak mahu melihat Najib bersandiwara, hakikatnya sandiwara pembangkang selama ini mengenai negara sudah diketahui umum.

Sekiranya apa yang dimomokkan pembangkang selama ini benar, mereka tidak harus bertindak melarikan diri. Setidak-tidaknya pembangkang harus tunggu selepas pembentangan berakhir dan berbahas mengenai bajet. Tahap kematangan dan maruah pembangkang jatuh pada tahap paling rendah dengan melakukan tindakan sebegitu. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s