Kuan Chen Heng Diperli Melayu Berhati Busuk

Korang ingat lagi tak dengan seorang lelaki cina, iaitu Kuan Chen Heng?? Beliau digelar sebagai ‘superman’ oleh penduduk tempatan kerana selalu membantu rakyat Malaysia yang berada didalam kesusahan, tak kira bangsa atau agama..

Siapa saja yang minta pertolongan, pasti Kuan ni akan bantu sebaik mungkin.. Tapi tu la, bila orang dah buat baik.. Ada jugak manusia yang tak senang duduk dan dengki..

Dalam banyak-banyak kebaikan yang Kuan ni buat, benda remeh macam ni yang korang semua nak persoalkan?? Macam mana orang kafir nak tertarik masuk agama Islam kalau tengok perangai orang Melayu hati busuk macam ni?

Kuan dah dihina oleh sesetengah pihak, dorang cakap Kuan ni tak hormat Islam sebab Kuan hanya memakai seluar pendek ketika pergi ke rumah orang yang beragama islam..

Macam la korang semua tu tak pernah pakai seluar pendek.. Semua orang Islam pakai seluar pendek kat rumah orang beragama Islam tu, kira tak hormat Islam juga ke? Orang Islam sendiri tak reti hormat agama sendiri??

Kuan juga sempat menyindir mulut-mulut busuk individu yang tak puas hati dengan imej beliau di media sosial..

Nampaknya lepas ni Kuan dah ada pakaian rasmi untuk tolong orang ramai, Kuan akan pakai baju kot dan seluar panjang warna hitam.. Macam ‘Men In Black’ tu lah.. Kalau Kuan pakai macam tu, ada lagi tak orang yang nak cakap bukan-bukan pasal Kuan?? – MissA/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s